berita

Lelaki Psiko, Korek Kubur 29 Mayat Budak & ‘Dress Up’ Macam Patung, Memang ‘Creepy’

November 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelik dan mengerikan! Itu kata-kata yang sesuai yang menggambarkan tindakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Anatoly Moskvin, 59 tahun, yang mencuri 29 mayat budak perempuan.

Artikel Berkaitan: ‘Akibat Sunyi, Dia Korek Kubur..’ – Kisah Misteri Pakar Sejarawan Rusia Memumiakan 26 Mayat

Tidak berakhir di situ, dia turut memakaikan kesemua mayat ini dengan baju dan kasut lengkap dandanan di muka. Kejadian ini berlaku di Moscow, Rusia.

Enggan minta maaf

Foto: The Sun

Menerusi laporan The SunAnatoly yang merupakan ahli sejarah enggan memohon maaf atas perbuatannya ketika prosiding kesnya di mahkamah. Malahan, lelaki tersebut turut mendakwa apa yang dilakukan olehnya bukan satu kesalahan yang patut diketengahkan.

Keluarga mangsa tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia. Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit dan beranggapan mereka tidak lagi mempunyai keluarga. Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.

Alasan demi alasan diberikan olehnya dan dia ketika itu, langsung tidak menyesal dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Tambahan pula, Anatoly turut menjelaskan kepada keluarga mayat itu, mereka tidak lagi mempunyai hak ke atas mayat tersebut disebabkan mereka sudah menanam mayat itu.

Mohon dibebaskan

Foto: The Sun

Pada masa yang sama, Moskvin turut memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dari hospital psikiatri atas alasan ingin menjaga ibunya yang sudah dimamah usia. Rayuan tersebut dibuat dengan alasan penyakit skizofrenia (sejenis penyakit mental) dihidapinya sudah pulih.

Sebelum ini, kesemua mayat yang telah dicurinya akan dipakaikan baju dan kasut yang cantik seperti anak patung. Tidak berakhir di situ, kotak muzik akan dimasukkan ke dalam badan mayat dan dia akan menandakan tarikh lahir pada mayat tersebut. Lelaki psiko itu turut menyambut setiap ulang tahun hari jadi kanak-kanak itu dengan mengadakan parti khas di bilik tidurnya.

Hasil soal siasat dia turut meninggalkan mesej yang agak creepy dan menjelaskan mengapa dia berbuat demikian.

Minta pihak polis tidak menanam mayat dengan terlalu dalam, nanti susah nak korek bila dah (dia) dibebaskan semula. Kanak-kanak itu diambil kerana tidak mahu mereka ‘kesejukan’ berseorangan di dalam tanah.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×