berita

Lelaki Punca Kereta Terjunam Di Jambatan Pulau Pinang Datang Mahkamah Bonceng Motosikal Bapa

April 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada 20 Januari lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu kemalangan di jambatan Pulau Pinang yang meragut nyawa penuntut kolej iaitu Moey Yun Peng, 20. Menurut Harian Metro, pemandu Toyota Vios yang menjadi punca kemalangan, M K Vaitheswaran, 21, hadir ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di Bukit Mertajam dengan membonceng motosikal yang ditunggang bapanya.

Tarikh baru perbicaraan

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/2420236967991286/

Menurut Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan tarikh 3 Mei depan sebagai tarikh serahan dokumen bagi kes tersebut selepas mendapat permohonan dari Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Zakaria. Peguam tertuduh, S Parameswaran turut berkata bahawa beliau tiada bantahan terhadap tarikh baru itu dan akan menyerahkan dokumen yang diperlukan. Pada 18 Mac lalu, tarikh baru perbicaraan telah dipohon berikutan laporan bedah siasat Moey yang baru diperoleh.

Boleh dihukum penjara 10 tahun

Tertuduh yang bekerja sebagai pendandan rambut didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyebabkan kematian Moey Yun Peng pada jam 3 pagi, 20 Januari 2019 di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Prai bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

Dia dibenarkan diikat jamit RM7000 dengan seorang penjamain selain lesen memandunya digantung sehingga kes selesai. Jika disabit kesalah dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta dengan tidak melebihi RM20000 selain hilang kelayakan lesen memandu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×