berita

Lelaki Saman Klinik Kesuburan Bagi Sperma Kepada Pasangan Sejenis

September 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebuah klinik kesuburan di United Kingdom (UK) disaman setelah memberikan sperma kepada pasangan sejenis dan ibu tunggal sehingga menghasilkan sembilan bayi. Hanya dikenali sebagai Neil Gaskell, dia mengambil tindakan undang-undang itu selepas klinik tersebut tidak mendapatkan persetujuan bersama menggunakan spermanya berulang kali.

13 anak tidak diketahui

Menurut laporan Mirror UK, Mr Gaskell juga terkejut setelah mendapati sembilan kelahiran itu hasil dari spermanya dan lagi empat bayi dari pasangan heteroseksual yang membawa kepada jumlah 13 orang anak. Dia berang kerana perkara tersebut berada di luar pengetahuannya.

Dia yang mempunyai tiga anak kandung menerusi rawatan kesuburan IVF telah mengambil tindang undang-undang dan mahu menyelesaikannya dengan tuntutan mencecah lima angka.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Sunday Mirror, dia berkata seorang anak sepatutnya dibesarkan oleh ibu dan ayah seperti biasa. Jawapan itu mengakibatkan Gaskell dikecam golongan sejenis. Ketua lesbian Kerry Pask juga menyatakan keputusan Gaskell itu sebagai salah satu diskriminasi terhadap golongan ini.

Keutamaannya untuk anak

Bagaimanapun Gaskell menegaskan bahawa ianya bukan soal diskriminasi dan ketaksuban tetapi dia hanya mahukan anak yang lahir dari spermanya mempunyai seorang ibu dan ayah.

Dia juga menyifatkan kata-katanya itu akan memecah belah, tetapi keutamaannya adalah untuk anak. Dia tidak mahu satu hari nanti akan ada yang mempersoalkan anak tersebut dengan soalan provokasi seperti ‘Di manakah ayah awak?’ atau ‘Kenapa awak mempuanyai dua ibu?’

Sumber : Mirror UK

SKIP THIS AD ×