berita

Lelaki Seksi Di Mata – Najwa Latif

November 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-11-13 at 4.24.42 PM

Rasanya anda mesti setuju kalau kami cakap Najwa Latif memang awesome sebagai anak seni industri tempatan. Bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif juga bijak pabila bercerita soal cinta.

Melihat pada tajuk di atas, pasti anda tertanya-tanya apakah maksud Najwa yang sebenarnya? Benarkah bahawa keseksian lelaki terletak di mata?

Sebenarnya, tajuk diatas merupakan sebahagian topik hangat yang bakal dibicarakan oleh Najwa dalam majalah Remaja. Penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku ini telah dipilih bagi menghiasi muka depan majalah Remaja edisi 15 November.

Screen Shot 2013-11-13 at 4.24.09 PM

Menerusi video berdurasi 2.16 minit, Najwa tampil menggayakan 3 persalinan dan kelihatan sungguh menawan meskipun dengan solekan yang sederhana.

Penampilannya itu menonjolkan aura pesona tatkala dia menggayakan fesyen hijabista yang segar. Apa yang pasti, Najwa bijak beraksi menarik apabila berdiri dihadapan lensa kamera.

1397276_10151962079895902_1845289318_o

Sebagaimana anda semua tahu, cinta merupakan isu yang subjektif. Jadi, untuk edisi Remaja kali ini, majalah ini akan mengupas isu-isu menarik bagi si dia yang masih buntu dalam melayari alam pencintaan. Antaranya ialah tips memikat wanita dan juga isu queen control. 

Khas untuk anda, disini OHBULAN! sajikan video di sebalik takbir pembikinan majalah Remaja edisi 15 November, jom layan! :

SKIP THIS AD ×