berita

Lelaki Serang Bomba Gagal Kawal Emosi Lihat Rumah Pusaka Hangus Terbakar

June 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Kuching, Sarawak seorang lelaki dipercayai bertindak di luar kawalan dengan memukul seorang anggota bomba yang sedang melakukan tugas untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah. Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang memukul anggota bomba itu mendakwa dirinya gagal mengawal emosi setelah melihat rumah pusakanya terbakar dan tidak berjaya diselamatkan.

Mengamuk dan menghempas barang

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak iaitu Khirudin Drahman berkata insiden sedemikian adalah pertama kali berlaku sewaktu anggota bomba sedang menjalankan tugas mereka. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial menyaksikan seorang lelaki bertindak menyerang seorang anggota bomba ketika menjalankan tugasnya memadam api kebakaran di sebuah rumah di Kampung Belipat, Lawas.

Bagaimanapun, anggota bomba tersebut bertindak profesional ketika menjalankan tugasannya. Difahamkan, lelaki tersebut bertindak di luar kawalan disebabkan terlalu emosi apabila melihat rumah pusakanya musnah terbakar.

Pada mulanya, seorang lelaki dilihat mengamuk dan menghempas barang sambil memarahi anggota bomba yang sedang menjalankan tugas. Tidak lama selepas itu, seorang lagi lelaki tiba-tiba menyerang anggota bomba dari arah belakang menyebabkan anggota terbabit terjatuh.

Tarik balik laporan

https://www.facebook.com/100024448924220/videos/988917195266569

Difahamkan, anggota bomba terbabit telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan, namun, menarik balik laporan tersebut selepas individu itu membuat permohonaan maaf kepadanya.

Anggota bomba terbabit juga bertindak balas melalui saluran yang betul iaitu dengan membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 9.14 malam tadi.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi, atas budi bicara anggota bomba terbabit menarik balik laporan polis yang dibuat selepas menerima permohonan maaf daripada pelaku yang menyesal dan menyedari kesalahan yang dilakukannya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×