berita

Lelaki Terkejut Ikan Laga ‘Rare’ Masuk Rumah Ketika Banjir

February 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Indonesia, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Apriliano Dewa Izmi memuat naik sebuah video memaparkan dirinya menemui seekor ikan laga yang masuk ke dalam rumahnya ketika banjir.

Video yang dikongsikan melalui platform TikTok itu telah berjaya meraih 2.2 juta tontonan dan mereka rata-rata ‘geram’ apabila mengetahui ikan tersebut bernilai lebih ribuan rupiah bergantung pada jenis dan kualitinya.

Temui ikan laga

Memetik laporan Tribun News, haiwan tersebut memasuki rumah pemuda berkenaan ketika banjir melanda di Bekasi, Barat Jawa, Indonesia. Video yang dikongsikannya itu memaparkan dia sedang meredah air di dalam rumahnya sebelum menemui dan menangkap ikan laga tersebut dengan hanya menggunakan tangan.

Berkat banjir

@thesquishyboyyang cupang nya anyut dm ya ? #fyp? #fyp #bekasi #MulaiDari100 #AyoDancePuzzles #banjir? Dominique Koplo – yofve squidward

Menurut laporan, dia menjumpai ikan laga dengan corak hitam di dalam rumah sebelum menemui beberapa lagi jenis ikan yang lain.

Air ketika itu jernih kerana air hujan memasuki rumah kemudian air mulai menjadi keruh. Ketika air jernih saya menjumpai ikan laga, ketika air keruh ada juga menjumpai ikan lain.

Ikan laga yang ditemui pemuda berusia 23 tahun ini adalah sejenis ‘cooper’ dianggarkan nilainya hanya 1000 rupiah bersamaan RM0.29. Kini, dia hanya memelihara ikan tersebut di dalam akuarium kecil di rumahnya dan berniat untuk menjual kepada sesiapa saja yang berminat.

Sumber: TikTok Apriliano Dewa, Tribun News

SKIP THIS AD ×