Perbuatan sihir masih banyak diamalkan lagi pada hari ini meskipun ia diketahui haram dan berdosa untuk dilakukan dalam agama Islam. Akibat daripada perbuatan sihir, si mangsa seringkali mengalami pelbagai kesan seperti menghidapi penyakit yang mampu membawa maut, keretakan rumah tangga, hidup menjadi lebih tidak tenang dan sebagainya.
Seorang pengguna Facebook, Md Iruwan berkongsikan kejadian yang menimpa dirinya apabila dia dan keluarga turut cuba disihir oleh seseorang baru-baru ini sehingga membuatkannya terkejut.
Dapat surat
Pada yang buat benda ni, terimalah balasan Tuhan nanti. Setahu aku, aku tak ada pun musuh. Terkejut aku kelmarin buka-buka sampul surat dapat benda macam ni.
Gambar ni aku tahu kau ambil dari Facebook aku dan aku tahu kau follow perkembangan aku dalam Facebook. Aku tak akan balas perbuatan kau ni, tapi kau kena ingat kuasa Tuhan lebih dari segala-galanya.
Tunjukkan azab
Kalau jadi apa-apa atas keluarga aku kau jawablah nanti. Tuhan Maha Adil dari segala-galanya dan kau nak isteri aku jadi gila dan mati. Tapi kau ingat, kalau Tuhan tak izin benda ni tak akan jadi.
Aku minta doa dengan Tuhan supaya Tuhan tunjuk dan azab sesiapa yang sanggup buat macam ni kepada keluarga aku. Aku tak takut mati sebab mati itu pasti kepada setiap yang hidup. Tapi aku minta dengan Tuhan panjangkan umurku sebab amalan aku masih tak cukup dan anak-anakku masih kecil.
Ya Allah, aku pohon kepadaMu kau tunjukkanlah kebenaran nanti. Amin.
Sumber: Facebook Md Iruwan