berita

Lelaki Tikam Pesakit Di Hospital Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

February 28th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki yang didapati telah menikam seorang pesakit di Hospital Selayang pada 14 Februari lalu, kini diarah menjalani pemeriksaan psikiatri (mental) oleh Mahkamah Sesyen Selayang.

Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Sakit Mental Lahirkan Bayi Di Tepi Jalan, Netizen Desak Buat DNA Cari Pelaku

Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Cedera Ditikam Dengan Pemutar Skru Di Rumah

Berhalusinasi

Menurut laporan Kosmo, Hakim, Nor Rajiah Mat Zin memerintahkan tertuduh, Mohd. Khairul Kamul, 22, dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri susulan keadaan mentalnya tidak stabil.

Dalam pada itu, semasa prosiding berlangsung, tertuduh tidak menyatakan sebarang pengakuan, namun memberitahu bahawa dia tidak sedar kerana berhalusinasi dan terdengar bisikan ketika kejadian.

Pihak pendakwaan membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh adalah tidak stabil.

Sebelum ini tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Selayang sejak 15 Februari 2023

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan yang parah terhadap V. Satish Rao, 29, di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang. Berikutan itu, pertuduhan ke atas Mohd. Khairul dikemukakan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun bersama denda atau sebat.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×