berita

[VIDEO] Neelofa Simpati, Bangga Kaka Azraff Berani Bersuara Isu Palestin – ‘Pasti Ada Sesuatu Hikmah Baik Di Masa Hadapan’

December 8th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

neelofa kaka

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa bersimpati dengan situasi rakan artis, Kaka Azraff yang dikecam teruk selepas lantang bersuara mengenai isu Palestin di media sosial, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Sah Ditamatkan Kontrak Warner Music

Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkilan Kerana Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba Tanpa Sebab Yang Jelas’

Bangga dengan Kaka

Kaka Azraff

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 34, berkata dalam masa sama, dia bangga dengan pendirian pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff yang teguh memperjuangkan nasib penduduk Palestin yang ditindas Israel.

Sudah tentu saya kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Kaka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, saya berbangga kerana dia teguh dengan pendirian bersuara demi Palestin.

Sebab kalau kita lihat, bukan sahaja Kaka, figura antarabangsa yang lebih besar seperti pengasas Huda Beauty lantang di media sosial. Malah sehingga sekarang, dia masih melakukan perkara sama dan tidak pandangannya tidak berubah.

Neelofa ditemui di majlis perlantikan dirinya sebagai duta stoller jenama antarabangsa Hamilton di Blossom A GlassMansion, pada Khamis.

@ohbulanofficial Replying to @Siti Salwani Mamat Neelofa juga bangga dengan Kaka Azraff #ohbulan #fyp #news #neelofa #kakaazraff ? original sound – OHBULAN!

Rezeki Allah luas

Dalam pada itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menyatakan pasti ada ganjaran besar yang menanti pelantun lagu Bukan Hal Aku di masa akan datang.

Katanya lagi, rezeki di muka bumi Allah ini sangat luas, pasti ada pelangi selepas hujan.

Saya percaya, jika Kaka menerima kecaman pihak sana, saya tidak terkejut kerana mereka sudah melakukan perkara serupa kepada orang lain.

Tapi untuk Kaka berseorangan melalui situasi itu, saya simpati dengan dia, tapi saya percaya khazanah Allah sangat luas dan besar. Pasti ada sesuatu hikmah baik untuk Kaka di masa hadapan, insya-Allah.

Terdahulu, Kaka telah diserang oleh kumpulan penyokong dipercayai dari Israel yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana solidariti terhadap saudara seagama di Gaza.

Penyanyi berusia 33 tahun turut disenaraikan dalam ‘Jew Hate Database’ menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) milik akaun @jewhatedb.

Susulan itu, ibu kepada tiga cahaya mata telah ditamatkan kontrak daripada menjadi artis naungan label syarikat, Warner Music Malaysia bermula 1 Disember lalu.

SKIP THIS AD ×