berita

‘Saya Dah Banyak Kali Tengok Alat Sulit Dia’ – Jurufoto Dedah 8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Mohon Polis Ambil Tindakan

July 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang jurufoto wanita membuat pendedahan mengenai pengalamannya yang menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.

Mangsa gangguan seksual

Menerusi perkongsian di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Acacia Diana mendakwa diganggu oleh seorang lelaki, Mohamad Safiq Rosli sejak lapan tahun lalu. Susulan daripada itu, Acacia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Dia mengganggu saya hingga ke United Kingdom (UK), ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh mahkamahnya.

Kepada @pdrmsia_official dan keluarga Rosli. Tangkap dia kerana melakukan gangguan seksual. Rujuk dia kepada pakar psikiatri dan dapatkan bantuan perubatan.

Diganggu sejak lapan tahun lalu

Foto: Suspek (dua dari kanan)

Menurut Acicia lagi, dia telah merangkum (compile) kesemua tangkap layar mesej yang dihantar lelaki terbabit seperti perbualan berbaur lucah termasuk gambar alat sulit lelaki berkenaan dan video memaparkan dirinya sedang beronani sebagai bukti untuk menyokong dakwaannya.

Pada tahun 2018 bulan April, saya buat laporan polis. Itu merupakan laporan pertama yang saya buat. Walaupun sudah diblock, dia buka akaun media sosial baharu dan menggangu saya. Saya telah melihat alat sulitnya terlalu banyak kali. Dia tidak sepatutnya dibiarkan wujud dalam masyarakat.

Dia secara delusi percaya bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat.

Hantaran yang dibuat Acacia turut mengundang perhatian warga maya termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Menerusi ruangan komen, Fahmi meminta jurufoto wanita tersebut menghantar bukti-bukti berkaitan untuk tindakan susulan.

Sumber: Acacia Diana

SKIP THIS AD ×