berita

Lelaki Viral Laung Azan Merdu Bakal Nyanyi Lagu Datuk Jeffrydin Di Immortal Songs?

October 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sharul Kamal sebelum ini pernah tular di laman sosial Instagram ketika dia sedang melaungkan azan di sebuah Masjid Sultan Muayyaddi, Mesir. Video tersebut telah berjaya membuatkan orang ramai cair dengan kelunakan suaranya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘MasyaAllah, Macam Suara Azan Dalam TV’ – Netizen Meremang Bulu Roma Dengar Laungan Azan Pemuda Ini

Terbaru, Sharul Kamal bakal berentap dalam Immortal Songs minggu keenam dan bakal menyanyikan semula lagu-lagu popular yang pernah dinyayikan oleh Datuk Jeffrydin bersama lima artis yang lain.

 Tular laung Azan

https://www.instagram.com/p/B8QvW1UB6bk/

Sebelum videonya tular di Instagram, Sharul sebelum ini pernah menyertai sebuah rancangan nyanyian realiti pada tahun 2015 dan berjaya mendapat tempat keempat dalam program tersebut. Program tersebut secara tidak langsung berjaya menempa namanya dalam industri seni tanah air.

Video yang berdurasi 2:28 saat itu menunjukkan dia sedang melaungkan azan di hadapan bilal Masjid Sultan Muayyad, Mesir, dan  diambil ketika dia sedang menjalani satu penggambaran musim terbaru sebuah program travelogue. Rata-rata netizen memuji kelunakan dan terpegun dengan kelunakan suaranya.

Mampukah Sharul berentap?

Lazimnya orang cakap kalau suara seseorang itu merdu melaungkan azan, sudah pasti suaranya akan merdu dan sedap didengari ketika menyanyi. Rata-rata mesti tidak sabar menunggu episod minggu ini kan?

Minggu ini Sharul Kamal bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Seruling Anak Gembala. Kita semua serba maklum bahawa lagu Seruling Anak Gembala merupakan lagu irama Malaysia yang memerlukan penghayatan yang tinggi daripada seorang penyanyi itu. Bukan senang tau nak nyanyi lagu macam ini. Sharul turut menjelaskan bahawa dia berlatih sehingga larut malam sebagai persiapan dalam bertanding Immortal Songs.

Persoalannya, mampukah Sharul Kamal bersaing dengan barisan artis yang lain? Adakah persembahan minggu ini lebih sengit berbanding minggu lepas? dan Apakah kelainan yang bakal dibawa oleh oleh artis-artis minggu ini? Nantikan Immortal Songs minggu ini.

Artis lain yang bakal berentap

Episod yang lalu Immortal Songs menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai karyawan muzik lagenda. Pada episod minggu ini, Immortal Songs membawakan seorang lagi karyawan muzik lagenda yang terkenal iaitu Datuk Jeffrydin. Enam peserta lain akan kembali beraksi bagi merebut gelaran juara pada minggu ini.

Episod kali ini menampilkan barisan artis lain seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino, Floor 88, Kucaimars, Indah Ruhaila dan Sharul Kamal. Antara lagu yang bakal didendangkan oleh keenam-enam artis tersebut ialah Siti Haida, Selamat Tinggal Ku Ucapkan, Mas Mona, Termenung, Kenanganku dan Seruling Anak Gembala.

Nak tahu artis mana yang akan menyanyikan lagu tersebut dengan susunan lagu yang pastinya lain daripada yang lain kena lah tengok Immortal Songs minggu ini. Kepada semua peminat program Immortal Songs jangan lupa saksikan Immortal Songs minggu ini tepat jam 9 malam hari Ahad.

Anda juga boleh mengundi pemenang undian pilihan peminat bagi minggu tersebut menerusi,   https://www.xtra.com.my/immortalsongsmy/index.html.  Setiap satu undi membawa makna kepada artis kegemaran anda.

Kepada semua penonton anda boleh saksikan Immortal Songs menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia.

Sumber: Sharul Kamal & TV3

SKIP THIS AD ×