berita

‘Lembaga Putih’ Tolong Polis Halau Remaja Berkeliaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

April 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Foto seorang lelaki ini menyerupai ‘lembaga putih’ dan berdiri di atas kenderaan viral di laman media sosial. Tindakan tersebut juga telah menimbulkan persoalan dan menakutkan orang ramai.

Sebaliknya, tindakannya itu dipuji dan mendapat penghargaan dari pihak polis pula kerana membantu memudahkan operasi ‘menghalau’ orang ramai pulang ke rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu.

Saya diarahkan memakai semula pakaian itu

Memetik laporan Metro, tindakan Muhammad Urabil Alias menyerupai lembaga putih itu telah viral sehingga sekumpulan pihak polis dari Kemaman datang ke rumahnya. Tidak dinafikan, dia juga berasa cemas ketika itu namun, sebaliknya pula yang berlaku pada hari tersebut.

Saya ingatkan polis datang untuk tangkap saya, rupanya menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih. Mereka bertanya saya mengenai perbuatan saya memakai pakaian seperti lembaga putih untuk menakutkan remaja yang berkeliaran pada waktu malam.

Saya diarahkan memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf itu kemudian keluar rumah untuk menemui mereka.

Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu, namun kebimbangan itu hilang sekelip mata apabila mereka menyatakan kedatangan polis sekadar untuk mengucapkan terima kasih.

Tindakan itu dihargai

Malah, pihak polis juga mengarahkan dia untuk memakaikan semua pakaian tersebut semata-mata untuk bergambar. Pihak polis juga mengucapkan terima kasih kerana menyifatkan tindakannya itu sedikit sebanyak telah membantu masyarakat untuk berada di dalam rumah.

Saya berasa lega kerana tindakan saya itu dihargai dan lebih terharu kerana ia datang daripada kumpulan barisan hadapan.

Polis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada saya di atas tindakan saya menggalakkan orang ramai tinggal di rumah sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga sekarang gambar itu masih dikongsi di media sosial.

Dia juga berharap tindakannya itu akan membuatkan orang ramai tidak lagi merayau ketika waktu malam.

Lembaga putih viral

Sumber: Metro, Bah News

SKIP THIS AD ×