berita

Lempias Nafsu Belakang Meja, Cikgu ‘Binatang’ Kantoi Cabul Murid 8 Tahun & 12 Rakan

April 26th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Persoalan seorang ibu terjawab apabila dia mencurigai anak perempuannya yang sering memakai beberapa lapis seluar dalam ke sekolah. Mangsa yang berusia lapan tahun menceritakan sendiri hal ini kepada ibu.

Si ibu kemudiannya segera membuat laporan polis terhadap guru kelas yang didakwa mencabul anaknya itu.

‘Projek’ dibelakang meja guru

Menurut Metro Online, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara sebenar kepada ibu sebelum laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu mendakwa sering dicabul di belakang meja guru kelas dan kejadian itu sudah berlarutan.

Mangsa mendakwa sering dicabul di belakang meja guru kelas dan kejadian itu sudah berlarutan ketika mangsa berusia tujuh tahun.

Bukan seorang tapi…

Menurut laporan, bukan hanya seorang mangsa cabul guru itu tetapi 12 orang murid. Suspek didakwa melakukan perbuatan itu dalam kelas sejak tahun lalu.

Keluarga mangsa mendakwa suspek turut mengambil gambar bahagian badan anak mereka menggunakan telefon bimbit.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 3.30 petang semalam dan akan direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Metro Online

SKIP THIS AD ×