Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia ada memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona & Gabriel Prince Direstui Netizen, Tayang Momen Mesra Pegang Tangan – ‘Dah Official Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Kongsi Foto Mesra Bersama Gabriel Prince, Netizen Komen – ‘Yang Ini Kami Approve’
Kahwin muda
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Kasih Iris Leona Azhar, 22, berkata, dia masih tidak mempunyai calon suami, namun tetap berharap mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.
Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak.
Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun hadapan.
Tak perlu kacak
Dalam pada itu, anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini mengakui sukar menemui pasangan hidup yang sesuai kerana dia meletakkan standard yang tinggi selain ramai yang tidak menepati piawaiannya. Meskipun begitu, Leona tidak mementingkan rupa paras seseorang.
Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.
Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piawaian itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.
Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya.
Melanjutkan bicara, Leona memberitahu bapanya sudah sedia maklum tentang hasratnya itu, namun dinasihatkan untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.
Ayah saya tahu, jujurnya satu keluarga sudah tahu saya mahu berkahwin tahun depan, mereka tidak kata apa-apa dan menyokong usaha murni itu.
Cumanya saya kena habiskan belajar dan selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu, selebihnya mereka okey sahaja asalkan saya bahagia.