berita

Lepas 8 Tahun Baru Muncul! Wanita Dakwa Lahirkan Anak Luar Nikah Rezky Aditya, Tuntut Rumah, Kereta & Wang

July 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Detik Hot

Baru-baru ini, nama pelakon terkenal Indonesia iaitu Rezky Aditya telah menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa mempunyai anak tidak sah taraf bersama seorang wanita yang dikenali dengan nama Wenny Ariani.

Baru-baru ini, wanita terbabit tampil meminta pelakon kacak ini untuk mengakui bahawa dirinya merupakan bapa kandung kepada anak tersebut.

Dah 8 tahun, baru muncul

Rezky & Citra Kirana (Foto: Pikiran Rakyat)

Memetik laporan Tribunnews, Wenny Ariani mendakwa telah melahirkan anak Rezky Aditya sekitar tahun 2012 yang lalu. Berikutan daripada dakwaan tersebut, wanita ini tampil meminta aktor Indonesia itu membuat ujian DNA untuk membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung Rezky.

Tidak terhenti di situ, Wenny turut menuntut rumah, kereta dan sejumlah wang berjumlah kepada Rezky yang merupakan suami kepada Citra Kirana. Difahamkan, selama 8 tahun ini, Wenny telah membesarkan anak perempuannya seorang diri. Namun, dia mendakwa setelah sekian lama ‘mendiamkan diri’, kini dia nekad untuk mendedahkan perkara tersebut selepas anak perempuannya itu mula bertanya siapakah bapa kandungnya.

Bapa pun terpalit isu sama

Foto: Suara.com

Sementara itu, peguam Rezky Aditya iaitu Hendrawan Halim membantah kesemua dakwaan yang dilemparkan kepada anak guamnya.  Dia memaklumkan Rezky bersedia untuk menerima tuntutan mahkamah dan menjalani persidangan tetapi itu bukan bermakna dia mengakui pertuduhan Wenny Ariani.

Menurut sumber, bukan Rezky sahaja yang didakwa mempunyai anak tidak sah taraf bahkan bapa Rezky juga didakwa menghamilkan seorang wanita yang dikenali dengan nama T.

Sumber: Tribunnews, Hot Detik, Kompas TV

SKIP THIS AD ×