berita

Lepas Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Peminat Panggil ‘Mommy’ Dekat Neelofa – ‘Orang Pernah Mengandung Ja Tahu’

August 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama Neelofa tidak pernah lekang dari menjadi tumpuan warganet di media sosial. Apa yang menjadi topik panas netizen sekarang ini adalah status kehamilannya yang masih berteka-teki.

Artikel Berkaitan: Tag Nama PU Riz Di Bahagian Perut, Ramai Tanya Betul Ke Neelofa Hamil?

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Neelofa Masa Live? 

Zoom bahagian perut

Terbaru, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan Neelofa turut sama sertai aktiviti memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah sosok tubuh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor.

Tampil dengan busana hitam berserta jaket tidak menghalang netizen untuk ‘zoom’ bahagian perut  malah ada yang  membahasakan panggilan ‘mummy’ terhadap aktres kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang.

Usia kandungan tiga hingga lima bulan

Selain itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan tekaan peminat mengenai usia kandungan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot. Rata-ratanya mengandaikan antara tiga hingga lima bulan.

Sehingga artikel ini ditulis, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

 

Sumber: Instagram @hrisbismail

 

 

 

SKIP THIS AD ×