berita

Lepas Dapat Gaji Daripada Youtube, Sugu Pavithra Kini Terima ‘Silver Play Button’ Pula, Tahniah!

July 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan Youtuber popular iaitu Sugu Pavithra yang sangat berbakat dalam bidang masakan dan kefasihannya menggunakan bahasa Melayu.

Terbaru, Sugu Pavithra ada memuatnaik satu video terbarunya yang memaklumkan bahawa dia kini sudah menerima ‘Silver Play Button’ daripada Youtube.

Hasil titik peluh Sugu Pavithra

Seperti yang kita sedia maklum bahawa sebelum ini, pasangan Youtuber Sugu Pavithra sudah menerima bayaran bulanan daripada Youtube selepas video-video mereka melepasi angka tontonan yang telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi buah mulut netizen yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian dikecapi Sugu Pavithra.

Terbaru, Sugu Pavithra sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas dia memuatnaik satu video memaparkan dia telah menerima bungkusan yang mengandungi ”Silver Play Button’. Nampaknya, usaha dan titik peluh Sugu Pavithra membuahkan hasil, tahniah!

Ucapan terima kasih buat semua

https://www.youtube.com/watch?v=4rT9pF1oIr8

Menerusi video berdurasi 11:31 saat memperlihatkan Pavithra bersama suami, anak-anak dan ibunya serta beberapa individu lain telah berkumpul untuk meraikan kejayaannya menghasilkan video di Youtube sehingga berjaya mendapat anugerah ‘Silver Play Button’. Dalam majlis kecil-kecilan yang disambut, Pavithra turut menyediakan makanan seperti sebiji kek serta beberapa menu daripada KFC.

Dalam bungkusan ‘Silver Play Button’ yang diterima turut tertera nama Sugu Pavithra serta diselitkan satu sijil daripada Youtube. Dalam kesempatan itu, pasangan suami ini turut meluahkan rasa syukur kepada semua subscribers atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Seperti mana yang anda tahu, orang pertama yang saya nak ucapkan terima kasih ialah untuk kakak Seri sebab dialah orang pertama yang memperkenalkan Youtube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan upload dalam Youtube dan semuanya lah.

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 153k dan jumlah keseluruhan subscribers yang diterimanya kini mencecah 771k.

Tahniah!

Sumber: Sugu Pavithra

SKIP THIS AD ×