Personaliti media sosial transgender Indonesia iaitu Lucinta Luna mendapat perhatian ramai apabila mengaku dirinya kini bergelar ‘janda’ selepas berpisah dengan tunangnya, Arten Boltian atau lebih dikenali sebagai Alan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekejap Perut Kempis, Sekejap Besar’ – Netizen Kecam Lucinta Luna, Bukan Hari Tu Kata Rahim Kena Buang?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Lucinta Luna ‘Morning Sickness’ Sampai Muntah Darah – ‘Ni Alahan Ke Sakaratul Maut?’
‘Hidup janda..’
Memetik laporan Suara.com, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah berkata, dia sudah pun ‘move on’ daripada Alan dan kini akan meneruskan kehidupan yang baharu.
Melalui akun Instagram Alan yang kini sudah berubah menjadi milik Lucinta, dia memberitahu sudah bertaubat dan ingin berubah ke arah kebaikan selepas ini.
Alhamdulillah sekarang Cici Luna sudah taubat dan akaun ini kembali sah menjadi milikku. Ini semua doa daripada semua keluargaku.
Hidup janda. Cici Luna sudah menjanda lagi.
Bagaimanapun, wargamaya yakin kisah pertunangan Lucinta dan Alan hanya rekaan semata-mata untuk tujuan publsiti. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengenai keadaan terkini perut Lucinta yang kempis dan tidak seperti wanita hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Sumber: Suara.com