berita

Lepas Larangan Merokok Di Premis Makan, Malaysia Mungkin Ada Larangan Merokok Dalam Kereta

April 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan peraturan larangan merokok di premis-premis makanan di seluruh Malaysia. Terbaru, menerusi Harian Metro, kerajaan perlu mempertimbangkan kempen kesedaran bagi larangan merokok di dalam kenderaan yang bergerak dalam satu kumpulan agar asap rokok tidak terdedah kepada penumpang kereta yang lain.

Larangan merokok dalam kenderaan

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mohamed Namazie Ibrahim, beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Perancis telah menguatkuasakan larangan merokok di dalam kederaan persendirian bagi mereka yang merokok berdekatan kanak-kanak atau wanita hamil berhampiran.

Ini mungkin memerlukan pembabitan kementerian lain, bagaimanapun kami berpendapat ia perkara penting yang perlu ditangani.

Kami juga mengharapkan usaha berterusan dijalankan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan kesan berbahaya asap daripada tembakau dan asap basi di sekolah, supaya tabiat yang sihat dapat disemai lebih awal di kalangan generasi muda yang akan menjadi penyumbang kepada ekonomi negara di masa depan.

Persekitaran bebas asap rokok

Kami juga yakin dalam jangka panjang, langkah ini dapat membantu mengurangkan dengan ketara perbelanjaan negara bagi kos penjagaan kesihatan dalam merawat rakyat Malaysia yang menghidap penyakit dan penyakit yang berkaitan asap tembakau.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa MMA menyokong hasrat kerajaan Malaysia untuk menggalakkan persekitaran bebas asap rokok dan mengurangkan pendedahan orang ramai kepada asap rokok. Dia juga berkata bahawa Malaysia dalam langkah yang tepat kerana lebih 20 peratus daripada penduduk dunia dapat dilindungi dengan adanya undang-undang bebas asap yang komprehensif.

Menggubal akta kawalan tembakau

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, dalam masa terdekat kementerian terus komited untuk menggubal Akta Kawalan Tembakau secara berasingan yang mewartakan semua tempat awam sebagai Kawasan Larangan Merokok dengan senarai tempat yang terhad untuk perokok menghisap rokok. Beliau bukan berhasrat untuk mengharamkan terus merokok tetapi ingin memastikan orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak tidak terdedah dengan asap rokok.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×