berita

Lepas Raya, Ustaz Ebit Lew Sambung Bantu 4 Keluarga Pindah Rumah Baru

May 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

4 sekeluarga dari Johor yang tinggal di pondok kecil selama 7 tahun akhirnya dapat menghuni rumah baru. Hasil usaha Ustaz Ebit Lew berjaya memindahkan 4 keluarga tersebut secara serentak kurang dari 24 jam. Berita ini dikongsi menerusi laman Facebook rasmi beliau. Bukan itu sahaja, segala keperluan asas dan bayaran sewa rumah bakal ditanggung penuh oleh beliau.

Pondok usang tempat berteduh

Sebak di awal syawal ini jumpa 5 bilik macam kotak untuk 4 buah keluarga. Semua orang sini. Masing-masing dengan anak kecil. Ketua keluarga kerja turap jalan. Kerja dengan orang. Hampir 7 tahun tinggal disini. Musim pkp ini tiada kerja langsung. Sayu hati melihat mereka. Ya Allah. Ujian hidup masing-masingkan. Bahagian ujian mereka. Tak sanggup tengok. Takde rupa tempat tinggal pun.

Macam bilik kecil. Ada alas kain sikit tutup buat dapur dan tandas. Just macam tu jer. Takde tandas. Mandi dekat dapur tu jer. Sebab tinggi sikit. Air jatuh ke bawah je. Ya Allah.

Pada mulanya, beliau bertemu dengan 4 keluarga ini yang tinggal di sebuah pondok yang hanya mempunyai 5 bilik. Ketua keluarga mereka hanya berkerja sebagai tukang turap jalan. Pada musim PKPB ini, ketiadaan kerja menambah lagi kesukaran hidup mereka. Mereka telah tinggal di pondok usang itu selama hampir 7 tahun.

Menangis bila diajak pindah

Bila tengok banyak anak kecil hati jadi sebak. Besar ujian anak-anak ini. Bila saya ajak pindah. Kakak ni menangis. Katanya selalu tengok dekat fb ini.

Terima kasih semua penduduk setempat yang membantu. Ngo-ngo yang kuat berusaha sehingga dah lulus 2 rumah pprt. Tapi belum ada tempat lagi. Ramai hantar bantuan makanan dan pakaian. Syukur ramai ambil berat kepada keluarga ini.

Pohon doakan saya nak cari 4 rumah untuk 4 buah keluarga yer. Semoga Allah buka jalan.

Oleh itu, beliau ingin membantu keluarga ini dengan mencari rumah-rumah sewa yang jauh lebih selesa dari pondok berkenaan. Sebanyak 4 buah rumah dicari beliau untuk menempatkan keluarga ini. Segala bantuan makanan dan pakaian turut diberikan.

4 sekeluarga berjaya dipindahkan

5 syawal. Pindahkan 4 keluarga serentak di Johor dari pondok kecil selama 7 tahun tinggal disitu ke 4 rumah baru. Bahagia rasa. Kurang 24 jam selesai pindah 4 rumah.

Semua team saya terlupa makan. Cuma sarapan 7 pagi di kl lepas tu 11malam baru makan. Allahuakbar. Semua terlupa nak makan. InsyaAllah saya akan bayar sewa dan bil selagi mampu insyaAllah. 2 rumah teres. Dan 2 rumah flat cantik selesa. Belikan peti ais,mesin basuh dan rice cooker. Belikan katil, tilam cadar bantal. Merata cari rumah dibandar ini. Syukur dapat sewa akhirnya.

Menurut beliau, dia bersama pasukannya bergegas bertolak dari Kuala Lumpur untuk membantu memindahkan 4 keluarga yang tinggal di dalam pondok kecil. Beliau menacari 4 buah rumah di sekitar kawasan tersebut untuk disewakan kepada keluarga berkenaan.

Bagai mimpi terima rumah

Keluarga ini kata tak pernah mimpi macam ni. Terkejut menangis Allah beri rezeki begini. Saya nasihatkan solat dan rajin bekerja dan didik anak isteri dengan aklak dan Islam. Baik keluarga-keluarga ini. Syukur sangat rasa katanya dapat memiliki sebuah rumah.

Kepuasan besar rasa dapat pindah 4 keluarga serentak. Walau penat dan terkejar-kejar. Senyuman anak kecil hadiah Allah buat kami. Rezeki kami dapat bantu mereka.

Terima kasih beberapa ngo di johor. Terima kaseh masyarakat setempat semua yang membantu. Terima kasih zakat. Terima kasih jkm. Terima kasih semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Pada awalnya keluarga ini bagaikan tidak percaya bahawa beliau menyewakan rumah-rumah ini kepada mereka. Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu keluar ini yang mempunyai anak kecil tempat berteduh yang baru. Tambahnya lagi, beliau turut berterima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu keluarga ini.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×