Seorang wanita mendakwa kehilangan bayi yang dikandungnya selepas dia menumpangkan seorang nenek yang tidak dikenali semasa dia menunggang motosikal pada waktu Maghrib.
Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Anak Ditegur Tak Siapkan Kerja Sekolah, Ibu Tergamak Sihir Guru – ‘Dalam Perut Rasa Sakit Macam Dihiris Pisau’
Artikel Berkaitan: Wanita Disihir Selepas Seluar Dalam Hilang, Mimpi Gambar Dipuja & Kulit Dihiris
Larang keluar rumah
Menerusi laporan Okezone, ibu bapa wanita ini sudah melarangnya untuk keluar pada waktu Maghrib memandangkan dia sudah berbadan dua, namun dia terpaksa keluar kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Dua bulan sebelum kejadian, ibu bapa saya telah melarang saya untuk keluar pada waktu Maghrib tetapi disebabkan ada urusan, saya terpaksa keluar.
Dalam perjalanan pulang, dia bertemu dengan seorang nenek dan nenek tersebut mahu menumpangnya. Sepanjang perjalanan, nenek itu banyak bertanya mengenai kehamilannya termasuklah usia kandungan serta jantina bayi.
Nenek itu seorang yang peramah sehingga dia selesa untuk bercerita mengenai kandungannya. Selepas bercerita panjang lebar, wanita bertanya di mana nenek itu tinggal, namun pertanyaan itu tidak dijawab. Nenek tersebut juga meminta untuk diturunkan di tepi jalan yang sunyi.
Tambah wanita itu, kandungannya mula bermasalah seminggu selepas kejadian itu berlaku. Dia membuat keputusan untuk pergi berjumpa doktor dan dia terkejut apabila diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya hilang secara tiba-tiba.
Terkejut, sedih, seram. Perasaan saya bercampur-baur ketika diberitahu bahawa rahim saya menjadi kosong. Istilah perubatannya kalau tidak salah adalah ‘blighted ovum.
Disebabkan kejadian itu, dia dimarahi oleh suami dan keluarga, malah mereka menyalahkannya atas apa yang berlaku.
Suami dan keluarga juga terkejut, semua orang menyalahkan saya kerana tidak mampu menjaga kehamilan dan sebaliknya banyak berjalan ketika mengandung.
Sumber: Okezone