berita

Lesap RM30k Kena Tipu Dengan ‘Gewe Kelate’, Impian Naik Pelamin Musnah!

February 7th, 2018 | by faris
Kini Trending

Apa sahaja sanggup dilakukan oleh manusia hari ini asalkan hajat tertunai. Tidak kiralah secara sah atau tidak, asalkan duit akhirnya masuk ke poket sendiri. Langsung tidak kisah dengan akibat yang perlu ditanggung orang lain disebabkan mereka.

Di zaman ini, ‘cinta’ dijadikan sebagai modal untuk memperdaya mangsa yang termakan dengan pujuk rayu penjenayah siber ini.

Ditipu kekasih sendiri

Seorang lelaki ditipu hidup-hidup apabila kekasihnya hilang setelah melesapkan RM30 ribu. Malahan, impiannya untuk menamatkan zaman bujang turut berkecai. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muzaffar berkata, dia mengenali wanita berkenaan melalui kawannya sejak 4 tahun lalu.

Perhubungan mereka berlangsung tanpa masalah dan menyifatkan kekasihnya itu seorang wanita yang lemah lembut. Menurutnya, mereka selalu berhubung melalui Whatsapp.

Di awal perkenalan mereka, wanita berkenaan ada meminta wang untuk dibelanjakan kerana dia tidak bekerja.

Kerana sayang dan percaya, saya turutkan kehendaknya. Saya masukkan duit dalam akaun milik rakannya secara berperingkat sehingga jumlahnya mencecah RM30,000.

Saya tak pernah sangsi dan ragu yang dia akan menipu serta mempermainkan perasaan saya.

Tambah Muzaffar, segala wang disalurkan kepada akaun kawan kekasihnya itu kerana wanita itu tidak mempunyai akaun bank sendiri.

Tak dapat dihubungi di hari bertunang

Menurutnya, mereka sepakat untuk memilih 2 Januari untuk majlis merisik dan bertunang yang dirancang berlangsung di rumah keluarga teman wanitanya itu di Kampung Demit, Kubang Kerian.

Sehinggalah sebelum tarikh merisik dan meminang, saya ada masukkan RM3,000 secara berperingkat dalam akaunnya atas alasan kononnya dia mahu menempah dua bentuk cincin termasuk cincin merisik dan bertunang, dan juga menempah kek untuk majlis terbabit.

Dia juga berjanji akan menempah rumah tumpangan untuk saya dan keluarga menginap. Sehari sebelum hantar rombongan meminang, saya menghubunginya dan berjanji bertemunya di depan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sebelum dia membawa rombongan kami ke rumahnya.

Bagaimanapun, kata Muzaffar, pada Jumaat lalu, ketika sampai di kawasan rehat di Gua Musang, dia cuba menghubungi wanita terbabit namun telefon bimbitnya dimatikan. Ketika berjumpa imam di kawasan berkenaan, Muzaffar dimaklumkan bakal isteri dan keluarganya tidak pernah mengenali mengenali mereka.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×