berita

‘Letak Atas Motosikal Lagi Risiko Kalau Jatuh’ – Netizen Fikir Positif Bapa Biar Bayi Bersila Di Pam Minyak

November 15th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, video seorang bapa membawa dua orang anaknya ketika isi minyak telah mengundang simpati dan meraih pujian netizen.

Artikel Berkaitan: Jangan Cium Bayi Orang – Neelofa

Artikel Berkaitan: Jarang Berlaku! Bayi Dilahirkan Dengan 8 Embrio Di India

Bayi bersila atas lantai

Menerusi video berdurasi 0:11 saat, seorang pengguna stesen minyak sempat merakam momen di mana seorang ayah meninggalkan bayinya duduk bersila di lantai stesen tersebut manakala, seorang lagi dibiarkan berada di atas motor. Turut mencuri tumpuan apabila motosikal yang digunakan itu dipenuhi barang keperluan kanak-kanak.

Menurut netizen, lelaki tersebut seorang ayah yang bagus kerana tidak membiarkan bayinya duduk di atas motosikal tatkala sedang memenuhkan tong putih yang dibawa untuk mengisi minyak. Meskipun kelihatan serba kekurangan, lelaki tersebut dipuji kerana masih bertanggungjawab menyediakan keperluan untuk anak-anaknya. Justeru itu, sebahagian besar netizen mendoakan semoga urusan anak beranak tersebut dipermudahkan.

Video

@gurl177

Bukan senang nk sekarang #fyp

? original sound – SUERAYA EL – SUERAYA EL

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×