Di Indonesia, seorang lelaki didakwa membunuh ibu kawannya akibat kadar bunga yang dikenakan terlalu tinggi.
Artikel Berkaitan:Berang Dihina Penganggur & Kaki Mabuk, Pemuda Bunuh Bapa Guna Penyodok Pasir
Tikam sehingga mati
Memetik laporan Kompas, suspek yang dikenali sebagai Nirwansyah meminjam wang daripada mangsa sebanyak 500,000 rupiah (RM152.28) untuk digunakan perbelanjaan hariannya. Bagaimanapun, kadar faedah yang diletakkan tinggi sehingga mencecah 1 juta rupiah.
Difahamkan, Nirwansyah telah membayar separuh dari hutangnya tetapi tidak mampu membayar kadar faedah yang dikenakan.
Susulan itu, dia bertekad memasuki kediaman mangsa lalu menikam mangsa ketika tidur dengan menggunakan pisau sehingga meninggal dunia.
Menurut Ketua Polis iaitu Victor Berlyntho berkata punca Nirwansyah nekad membunuh mangsa disebabkan hutang dan faedah yang tinggi.
Suspek berasa sakit hati apabila mangsa mengutip hutang dengan kadar faedah yang tinggi dan melemparkan kata-kata hina kepadanya.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, suspek yang berusia 27 tahun itu berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis untuk menjalani siasatan lanjut.
Sumber: Kompas