Mungkin anda jarang dengar kuih bunga, apatah lagi menikmati keenakannya. Kuih bunga ini berasal dari negeri Terengganu dan sangat mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan empat bahan saja.
Resipi yang dikongsi Nor Al Fatihah ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu berbuka puasa bersama keluarga. Anak-anak mesti suka kerana rasanya yang liat dan manis.
Bahan yang diperlukan
Bagi menyediakan kuih bunga yang paling ringkas dan cepat, anda perlu sediakan 2 cawan tepung pulut, 3/4 cawan air, sebiji telur yang di pukul dan gula secukupnya.
Cara penyediaan kuih bunga
Cara nak buat kuih bunga ini senang saja. Anda perlu campurkan air bersama tepung pulut sambil uli. Tetapi sekiranya masih tidak jadi doh, tambah air sikit lagi. Ambil sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari.
Kemudian, celupkan kuih ke dalam telur. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga merekah dan berbunga-bunga. Anda perlu lebih berhati-hati ketika mengoreng kuih ini kerana berkemungkinan akan meletop sikit. Langkah terakhir adalah angkat dan toskan. Salut bersama gula.
Sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa juga. Selamat mencuba!
Sumber: Nor Al Fatihah