berita

Lihat Anjing Terperangkap Dalam Longkang, Ini Tindakan Izzue Islam… Baiknya Dia!

March 4th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Nama Izzue Islam tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Dia mula dikenali setelah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 2013. Penyanyi dan pelakon ini kelihatan kurang aktif dengan kumpulan Forteen dan bergerak solo dengan menghasilkan beberapa single baru.

Terbaru, dia berkongsi video di laman Instagram yang pasti membuatkan sifat keperibadiannya ini menjadi kebanggaan netizen. Pasti ramai antara kita yang terasa was-was dengan tindakan pelakon ini.

Kesiannya

https://www.instagram.com/p/Bf3OThAhf1k/

Video berdurasi seminit ini memperlihatkan Izzue cuba menyelamatkan dua ekor anak anjing yang terperangkap dalam longkap di kawasan rumahnya. Walaupun tidak berani mengangkat haiwan ini keluar dari longkap, namun, dia menggunakan pelbagai cara bagi menyelamatkan anak anjing berkenaan.

Sifat terpuji Izzue

Cubaan menyelamatkan anak anjing ini harus diberi pujian kerana tidak ramai antara kita yang berani bertindak demikian. Dia menggunakan 2 batang penyodok longkang bagi mengangkat anak anjing tersebut. Walaubagaimanapun, seekor lagi dikeluarkan dengan bantuan jiran berbangsa India.

Kebanggaan netizen

Tindakan pelakon ini menjadi bualan netizen dan memuji sikapnya untuk dijadikan contoh buat masyarakat.

Credit: IzzueIslam

SKIP THIS AD ×