Sebagai ibu-bapa, kita tidak lari dari perasaan inginkan yang terbaik demi kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Semasa dalam kandungan lagi, ibu menjaga pemakanan dan berdoa agar anak dilahirkan sihat sempurna. Namun, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan semuanya .
Seperti perkongsian kali ini, anaknya baru berusia 2 bulan disahkan menghidapi jangkitan teruk pada paru-paru. Lebih memilukan, doktor mengesahkan ianya disebabkan asap rokok.
Muntah darah
Hari keempat disini, jangkitan kuman pada paru-paru Delisya sangat teruk sehinggakan kacau semua organ dalam dia, bengkak hati dan limpa terus pergi ke usus. Saya tanya doktor apa punca sebenar anak saya jadi macam ini? Sebab dengan mengejut sangat walhal anak saya sihat waalfiat.
Kejadian pertama Delisya muntah darah sebanyak dua kali dan terus datang emergency hospital. Doktor terus ambil kes dia sebab emergency sangat. Baby baru berusia 2 bulan 15 hari muntah berdarah. Terus X-Ray, scan, Ultrosound dan macam-macam treatment. Doktor sahkan baby saya kena jangkitan kuman pada paru-paru yang sangat teruk.
Punca asap rokok
Dipendekkan cerita, baby ini kena macam ini disebabkan punca utama adalah ASAP ROKOK and persekitaran orang ramai dimana udara kotor? Paling sedih sebab my husband tak merokok and rumah saya sentiasa bersih. Doktor kata ini kejadian 2-3 minggu yang lepas sebab tu paru-paru dan teruk.
Saya menyeru dan merayu kepada perokok hormatilah orang sekeliling anda yang tidak merokok sebab yang kena tempiasnya adalah orang-orang lain. Yang menanggung penderitaanya orang lain. Selama 3 hari baby saya agak lemah. Saya mengadu kepada Allah, menangis dengan Allah, bagi kekuatan untuk baby saya lawan kuman Jahat itu.
Sempat merasa jubah masa raptai
Sebab organ dalaman dia dah diserang dengan kuman, hati dan limpa jadi bengkak. Pergi ke usus kacau jadi berak-berak sampai 20 kali sehari. Baru hari ini saya ada kekuatan untuk bercerita pada semua tentang keadaan anak saya. Ramai kawan-kawan call and whatsapp semua saya tak berjawab sebab tiada kekuatan untuk itu.
Esok sepatutnya hari besar saya untuk konvo tamat belajar. Tapi apakah daya perancangan Allah lagi terbaik. Allah uji dengan sedikit ujian untuk dekatkan lagi diri padanya. Memang benar, bila kita ditimpa sedikit ujian, barulah kita merayu-rayu pada Allah. Jadi sakit ini sebagai asbab untuk ibu Delisya lagi dekatkan diri dengan penciptanya. Mohon doakan Delisya sembuh seperti sediakala.
Sumber : Norzy Green Gurlz