Beberapa hari lalu, pelakon Lana Nodin memberitahu umum bahawa pembedahan jantung anak keduanya William Daud McKienzie di Institut Jantung Negara (IJN) terpaksa ditangguhkan ekoran jantung bayi itu terhenti 10 minit.
Menurut Lana, bayinya yang mempunyai masalah saluran injap aorta yang sempit perlu melakukan pembedahan dengan segera sejurus anaknya berada dalam keadaan yang stabil.
Alhamdulillah, terima kasih semua
https://www.instagram.com/p/Bt22NNMhm0b/
Menerusi Instagram Meloditv3, dia menjelaskan bahawa anaknya telah pun selamat menjalani pembedahan pada hari ini. Video yang berdurasi 56 saat itu menunjukkan perasaan sebak dan bersyukur seorang ibu selepas pembedahan itu berjaya.
Dia juga berterima kasih kepada semua netizen yang sentiasa membantu dan mendoakan kesihatan anaknya selama ini.
Netizen turut gembira
Sokongan rakan artis
Sumber: Instagram Meloditv3