berita

Linda Hashim Disahkan Hamil 7 Minggu!

September 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Beego & Linda Hashim

Tahniah! diucapkan buat pasangan popular, Beego atau nama sebenarnya Mohammad Aszerul Nizam Abdullah dan Linda Hashim yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pelakon jelita tersebut menerusi laporan Media Hiburan Online semalam.

Menurut Linda, suaminya merupakan orang paling gembira sewaktu mengetahui berita kehamilannya itu dan mereka bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh yang maha Esa.

Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.

Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif.

Screen Shot 2013-09-03 at 10.46.33 PM

Linda Hashim hamil tujuh minggu

Berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan pertamanya itu, Linda turut akui dia kerap mengalami alahan seperti ibu mengandung yang lain dan sering merasa lapar.

 Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah.

Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial pelakon tersebut, Linda turut memaklumkan bahawa dia sudah mula mengidam makan makanan tertentu dan mengalami morning sickness.

Screen Shot 2013-09-03 at 11.16.23 PM

Artikel Berkaitan :

Untuk makluman, pasangan ini telah bertunang pada 3 November 2012 dan melangsungkan pernikahan pada 7 Jun 2013 di Masjid Usamah Bin Zahid, Wangsa Maju.

Bagaimanapun, untuk semua peminat Beego dan Linda, jom lihat beberapa foto terbaru mereka selepas ini.

Kredit Foto & Sumber : Instagram Linda & Media Hiburan

SKIP THIS AD ×