Bekas penyampai radio popular, Linda Onn sekali lagi berdepan dengan masalah pelanggan yang tidak membayar makanan selepas datang makan di restoran miliknya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Nanti Kita Buat Kedai Pacak Jugak Lah!’ – Linda Onn Tak Puas Hati Dengan Peniaga Tepi Jalan?
’Sengaja atau sebaliknya’
Menerusi perkongsian di Instagram, Linda bagaimanapun berkata, sekiranya pelangggan tersebut benar lupa untuk membayar, dia memilih untuk menghalalkan sahaja.
Pun begitu, jika disengajakan, maka sebaliknya.
Andai benar terlupa, dihalalkan. Andai disengajakan, sebaliknya.
Kepada keluarga yang duduk di meja F1, restauran My Mom Chicken Rice, cawangan MyTown, awak terlupa bayar tadi.
Menerusi perkongsian tersebut, Linda turut memuat naik klip rakaman CCTV memperlihatkan pelanggan itu bersama keluarganya keluar dari restoran tersebut tanpa membayar makanan berjumlah RM50.46.
Dalam masa sama, Linda mengucapkan terima kasih kepada pelanggan berkenaan kerana sudi datang ke restorannya.
Apa pun terima kasih sudi menjamu selera di kedai saya yang terbaharu.
Tips netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen memberikan tips kepada Linda untuk mewajibkan pelanggan membayar terus harga makanan yang dipesan.
Malah, ada juga segelintir netizen yang berfikiran positif dengan mengatakan pelanggan berkenaan sememangnya lupa untuk membayar.
Sumber: Instagram