berita

Linda Onn & Ungku Azhar Pasangan Romantis Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona

March 6th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

LO UA

Jika sewaktu hendak bernikah dulu Linda Onn tidak selesa menonjolkan suaminya kepada khalayak ramai, namun nampaknya semakin hari penyampai radio popular ini mengambil pendekatan untuk tidak berselindung lagi mengenai perkahwinan mereka.

Kira-kira sebulan selepas majlis pernikahan mereka, Linda mula berani berkongsi sekeping dua gambar Ungku Azhar di laman sosial bermula dari menghadiri jemputan majlis perkahwinan kenalan terdekat hinggalah ke majlis resepsi mereka yang diadakan pada Januari lalu.

Barangkali respon positif yang diterima dari peminat mendorong Linda untuk bersikap lebih terbuka dan tidak lagi menyorokkan suaminya yang kacak itu.

Screen Shot 2014-03-06 at 12.04.08

Mungkin disebabkan keterbukaannya itu juga, pasangan ini telah diberi peluang untuk menghiasi muka hadapan majalah Nona istimewa bersempena edisi perkahwinan.

Melihat kepada kulit majalah itu, kami tertarik dengan kenyataan Linda yang menghormati pendirian suami. Pastinya Linda bercerita lebih lanjut mengenai mahligai bahagia yang baru dibina bersama Ungku Azhar.

Kalau anda nak tahu apakah kisah menarik yang dikongsikan oleh Linda, jangan lupa dapatkan majalah Nona isu April ini di pasaran sebelum kehabisan.

Namun sebelum itu, jom layan foto-foto terbaru pasangan ini sewaktu mereka bercuti di Bali baru-baru ini bersama rakan-rakan rapat.

Kredit foto : Instagram Linda Onn

SKIP THIS AD ×