berita

Linda Rafar Dibayar RM15K Hanya Untuk Photoshoot Fareeda?

February 13th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-12 at 22.31.12

Wahhhh, waktu-waktu macam ni lah kami rasa untungnya jadi artis dan orang terkenal. Rezeki diorang datang bergolek dan melimpah ruah, kalau diizinkan Tuhan.

Selama ni memang semua orang tahu pendapatan dan payment untuk seseorang artis adalah sangat lumayan. Tapi bergantung juga kepada tahap populariti selebriti itu.

Cuma tak ramai yang benar-benar tahu berapakah jumlah sebenar yang mereka perolehi. Kira macam P&C gitu. Sedangkan gaji adik-beradik kita pun kita jarang ambil tahu, kan?

Linda Rafar Kongsi Gambar Cek Dari Fareeda

Yeahhh..DptBdayPresentFromBossBesar @fareedascarf @mawarfareeda_mf TqSoMuchDear????????????????????

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Tapi Linda Rafar nampaknya tak kisah untuk berkongsi kegembiraannya setelah menerima sekeping cek daripada butik tudung terkenal, Fareeda berjumlah RM15,000 di laman Instagram beberapa hari lepas. Mungkin Linda terlalu gembira kerana rezeki datang berlipat kali ganda pada hari lahirnya yang kebetulan jatuh pada hari sama.

Artis Penampilan Khas Photoshoot Fareeda

 

Menerusi Instagram Mawar, isteri Fizo Omar yang juga boss besar Fareeda ini memberitahu Linda Rafar merupakan artis penampilan khas untuk photoshoot Fareeda. Mungkin ini salah satu strategi pemasaran yang baru.

Tapi kalau photoshoot sahaja dah dapat RM15,000, boleh tahan masyuk juga, kan? Mungkin kita semua dah boleh tukar kerjaya. Hihi. Nampak macam lagi cepat jadi kaya berbanding masuk MLM, eh?

Apapun, kami pasti cuma Linda dan pihak Fareeda sahaja yang benar-benar tahu mengenai bayaran tersebut. Bukan mahu menyibuk, cuma kagum dengan perniagaan bumiputera yang maju sebegini.

Oh ya, mungkin jumlah berkenaan disifatkan cuma amaun yang kecil sahaja bagi sesetengah orang. Tak kisahlah, yang penting rezeki mereka halal, tak gitu?

SKIP THIS AD ×