berita

Lindungi Diri Dengan Strawberi!

August 10th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Sesibuk manapun anda, penjagaan diri amat penting untuk kelihatan cantik dan menawan sepanjang masa.

Penjagaan diri merupakan faktor penting dalam personaliti diri seseorang.

Kekal cantik bak puteri pasti menjadi idaman setiap wanita.

Ayuh mencuba menggunakan ekstrak buah-buahan untuk memiliki kulit yang sempurna.

Formulasi terbaru daripada buah-buahan segar strawberi yang kaya dengan vitamin C, Vitamin K, Mangan, Folic acid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, Magnesium dan Omega-3 membantu kulit anda daripada selaran matahari.

Strawberi juga memberi perlindungan terhadap sinaran ‘Ultraviolet’ dan mengurangkan risiko kerosakan kulit daripada dedahan matahari.

Ini kerana, kulit yang terdedah dengan sinaran ‘Ultraviolet’ sedikit sebanyak memberi kesan kepada permukaan kulit.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 sinaran ‘Ultraviolet’ yang menyebabkan selaran matahari dan meningkatkan risiko kanser kulit diantaranya UVA dan UVB.

UVA adalah sinaran yang kurang berkuasa dimana UVA mampu menembusi ke dalam kulit dan menyebabkan penuan kulit terlalu awal berbanding sinaran UVB yang mampu menyerap sehingga ke dalam kulit sekaligus mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan bengkak, kesakitan dan kemerahan.

Oleh itu, ahli-ahli sains Itali dan Sepanyol telah mengesahkan strawberi melindungi terhadap berlakunya kerosakan sel kulit yang disebabkan oleh sinaran ‘Ultraviolet’.

Faktor perlindungan matahari atau SPF mampu  mengurangkan kerosakan dalam DNA dan melindungi membran sel-sel serta mencegah kerosakan ‘collagen’ yang disebabkan sinaran ‘Ultraviolet’.

Selain baik untuk kulit, strawberi juga berkhasiat untuk meningkatkan kekuatan otak dan menjaga penglihatan, ianya juga bermanfaat menurunkan pelbagai jenis risiko kanser.

Diantaranya kanser leher, rahim, payudara, tekak dan sebagainya. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×