berita

Lirik Yang Mendalam, MV Drama Band ‘Jangan Bikin Kerja Tuhan’ Kembali Dramatik!

July 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini lagu ‘Drama’ nyanyian kumpulan Drama Band pernah mencuri tumpuan netizen di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 kerana dikatakan menyindir beberapa individu terkenal di Malaysia.

Terbaru, kumpulan tersebut menghasilkan buah tangan baru buat para peminat mereka. Lagu ‘Jangan Bikin Kerja Tuhan’ ternyata memberi kesan buat para pendengar meskipun muzik video (MV) tersebut baru dimuat naik semalam. Jom dengar!

Jangan bikin kerja Tuhan

Lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Padel Lecki itu telah meraih 45k tontonan di Youtube. Menampilkan imej mayat, rata-rata netizen memberi pujian buat kumpulan tersebut kerana lirik yang ditulis meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Jelas netizen, lagu tersebut sangat sesuai dengan situasi zaman sekarang di mana segelintir netizen didakwa lebih suka membuat kerja Tuhan dan ambik alih kerja Tuhan termasuk golongan yang menunggang agama. Netizen juga berharap lagu tersebut akan menjadi trending dan mendapat tempat di corong-corong stesen radio tempatan.

Padu Drama Band!

Sumber: MVM Music

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×