berita

Lisa Kembali Dalam Youth With You Musim Terbaru! Siapakah Trainee Pilihan Korang?

March 3rd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Siapa kat sini peminat rancangan varieti Lisa BLACKPINK? Berita baik untuk korang, kini Youth With You kembali untuk musim ketiga dengan pelbagai aksi yang lebih menarik! Yang lagi best, korang dah boleh layan Youth With You musim terbaru ni di iQ.com atau di aplikasi iQiyi antarabangsa secara PERCUMA. Yeay!

Youth With You 3 dah pun mula ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam serta terdapat dalam sarikata pelbagai bahasa yang korang boleh pilih, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

LISA BLACKPINK buat comeback!

Yang paling best, Lisa BLACKPINK kini kembali untuk musim ketiga sebagai mentor tarian selepas popularitinya makin melonjak, semenjak kemunculannya dalam Youth With You musim kedua!

Baru je seminggu sejak episod pertama ditayangkan, tapi dah banyak dah momen dan interaksi menyeronokkan antara Lisa dengan trainee-trainee yang penonton dan peminat tak boleh lupa.

Yang paling admin suka apabila Lisa memuji persembahan tarian seorang trainee, Dow dan beliau dengan senang hati menjawab, “Thank you, I Love You!”. Lisa dengan aksi comelnya pun terus blow a kiss ke arah Dow dan membuatkan semua peserta lain cemburu!

iQIYI Reveals Mentor Lineup Of "Youth With You Season 3", BLACKPINK's Lisa Returns As Dance Mentor - kdramadiary

Mentor untuk musim ni pun bukan calang-calang tau! Youth With You 3 menampilkan Lee Ronghao sebagai mentor vokal, Lisa BLACKPINK sebagai mentor tarian, Will Pan sebagai mentor rap dan Esther Yu sebagai penolong mentor muda.

Kalau korang nak tahu, rancangan ini akan memperkenalkan 119 pelatih (trainee), di mana mereka akan diberikan tugasan, latihan dan seterusnya dinilai oleh mentor berpengalaman. Hanya 9 trainee yang akhirnya akan terpilih untuk membuat penampilan sulung sebagai sebuah kumpulan idola. Wow!

Eh, dengar cerita, ada seorang trainee yang terpilih iaitu Jun Liu berasal dari Seremban dan merupakan seorang tenaga pengajar di 1 MILLION DANCE STUDIO tau. Hebat!

Tonton secara PERCUMA di iQiyi & undi trainee kegemaran korang!

Buat peminat setia rancangan ni, Youth With You 3 kini terdapat di iQiyi secara PERCUMA serta korang boleh muat turun rancangan ini secara offline dan tonton kemudian di mana-mana saja pada bila-bila masa walaupun tanpa internet. Yeay!

Bukan itu je, untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah ekslusif seperti Dolby Audio, tontonan lanjutan, HD penuh dan kandungan eksklusif (VIP sahaja) seperti Youth With You 3 Backstage dan Youth Party. Best kan?

iQiyi juga menyediakan dua keahlian VIP berbeza iaitu VIP standard dan VIP Premium, di mana VIP standard membolehkan korang strim aplikasi sehingga dua skrin secara serentak, manakala VIP Premium sehingga empat skrin secara serentak.

Mesti korang tak percaya kalau kami bagitahu yang caj keahlian VIP ni memang berbaloi sangat iaitu hanya RM1.90 untuk bulan pertama dan bayaran bulanan serendah RM7 sahaja! 

Korang mesti ada trainee favourite korang dan nak mereka menjadi antara 9 yang terpilih untuk debut kan? Jadi, apa lagi tunggu. Jom lah undi mereka sekarang dan bantu mereka mengejar impian!

Macam mana nak undi? Jom ikuti langkah-langkah ni:

  1. Log masuk ke iQ.com atau aplikasi iQiyi antarabangsa dan tonton Youth With You 3
  2. Undi peserta kegemaran korang
  3. Pengguna biasa akan diberikan 1 undian setiap hari, manakala pengguna VIP akan mendapat satu (1) undian tambahan setiap hari
  4. Korang hanya boleh mengundi 9 peserta setiap hari dan tidak boleh memilih perserta yang sama berulang kali
  5. Undian yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya
  6. Tempoh undian pusingan pertama: 18 Februari 2021 sehingga 13 Mac 2021

Nak bagi semangat kepada trainee kegemaran korang? Jom tulis nota kepada mereka!

Lebih menarik, nota yang korang tulis tu berpeluang untuk ditampilkan dalam ruangan khas Youth With You 3 dan di ruangan profil trainee tau!

Macam ni caranya:

  1. Log masuk ke iQiyi untuk tonton Youth With You 3 dan tulis nota kepada trainee kegemaran korang
  2. Nota akan dipilih semasa rancangan sedang di strim, diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dan akan diberi kepada trainee untuk dibaca!
  3. Had nota untuk setiap peserta adalah 30 nota setiap hari. Setiap nota mestilah mempunyai sekurang-kurangnya minimum 10 perkataan dan maksimum 5000 perkataan
  4. Tempoh: 18 Februari 2021 sehingga 8 Mei 2021 (Youth With You 3 – Finale)

Undian, penulisan nota dan program lanjutan hanya boleh didapati secara eksklusif di iQiyi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook, Youtube dan Instagram iQiyi.

SKIP THIS AD ×