Pelakon Datin Lisa Surihani menyokong tindakan aktres dan model terkenal, Zahnita Wilson yang membuat laporan polis selepas didakwa dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lisa Surihani Raih Pujian Netizen, Tetap Sopan & Jaga Adab Masa Buat Trend TikTok
Sokong buat laporan
Lisa, 38, berkata, Zahnita membuat keputusan yang tepat dan meminta aktres itu jangan rasa bersalah apabila mendedahkan isu rumah tangganya kepada umum.
Saya bersyukur awak keluar dari rumah itu dan tindakan awak membuat laporan polis.
Jangan rasa bersalah apabila awak terpaksa mendedahkan hal ini (keganasan rumah tannga) dalam media sosial.
Lisa berkongsi mengenai perkara itu diruangan komen pada hantaran terbaharu dimuat naik Zahnita di Instagram.
Dalam pada itu, Lisa turut meluahkan rasa kesal apabila isu membabitkan keganasan rumah tangga mengambil masa yang lama itu diselesaikan.
Tiada kata lain selain kemarahan dan kekecewaan terhadap bagaimana sistem bertindak lebih pantas menangani isu ini.
Semoga awak dilindungi dari bahaya dan awak disembuhkan daripada trauma.
Terdahulu, Zahnita mendakwa telah dipukul dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama 20 tahun mendirikan perkahwinan dengan Abdul Zackery Ghouse.
Susulan pendedahan itu dibuat, Abdul Zackery kemudian dilaporkan telah ditahan polis untuk memberi keterangan.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Instagram