berita

Lisdawati Tidak Tolak Tawaran Berlakon Yang Memaksanya Buka Tudung

May 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Lisdawati-bertudung

Mungkin ramai belum tahu yang Lisdawati kini telah mengikuti jejak langkah selebriti lain yang tampil dengan imej bertudung.

Namun apa yang menjadi perbualan hangat ialah apabila Lisdawati sendiri tidak kisah untuk membuka tudungnya jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dia berbuat begitu.

“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai faham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima tawaran kerana itu adalah mata pencarian saya untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”

“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.”

Menurut laporan Murai, Lisdawati menjelaskan lagi bahawa niat murninya untuk kekal bertudung mungkin akan termakbul kerana sekarang dia sedang berjinak-jinak dengan perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang.

Dia juga tidak menghebohkan berita dia bertudung kerana tidak mahu peminat salah anggap apabila melihat dia tidak menutup aurat di kaca televisyen.

Syukurlah Lisdawati telah terbuka hati untuk ke arah yang lebih baik dan diharapkan peminat tidak mengecam keputusan yang dibuat Lisdawati berkenaan tawaran berlakon yang diterimanya.

Kita kena bagi peluang kepada mereka untuk berubah dengan perlahan. Tak bolehlah kita harapkan dia berubah dengan drastik dan terus menghakimi, betul tak?

Jom lihat beberapa keping gambar terbaru Lisdawati yang manis bertudung.

SKIP THIS AD ×