berita

Litupan Penuh Kelembutan!

August 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kecantikan pasti dikaitkan dengan wanita. ini kerana wanita kini amat mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Setiap penampilan yang ditonjolkan memberi sejuta erti kepada personaliti diri. Penjagaan yang baik memberikan penampilan sempurna senantiasa. Kini anda dikemukakan dengan informasi calitan bedak asas iaitu perataan mekap yang terbaik menjadi pilihan ohbulan.

Almay Line Smoothing Makeup

Perataan mekap yang mempunyai SPF 15 diformulasikan untuk membantu kulit hidrat dengan memberikan kehalusan kulit serta kedutan yang minimum.

Seterusnya, ianya melembapkan dan  menampakkan sinaran bercahaya yang memberikan kemasan asli kepada warna kulit. Kulit anda akan kelihatan sempurna disamping merasakan keserian yang berpanjangan.

Tambahan pula, perataan kulit ini memerangi penuan dengan ekstrak timun dalam gabungan teh hijau, merah dan putih  untuk memberikan kelembapan kulit serta melindungi kulit anda.  Terdiri daripada beberapa warna  untuk kesesuaian kulit anda antaranya Ivory, Naked, Neutral, Buff, Beige, Honey, Warm, dan Sand.

L’Oreal Bare Naturale Mineral Foundation

Mineral asas kini lebih kepada sekadar trend. Penilaian bagi menghasilkan loreal ini mendapati mineral amat penting untuk kulit.

Asas galian daripada mineral ini memberikan anda sentuhan seperti sutera semula jadi  dengan liputan besar pada kulit. L’Oreal Bare Naturale Mineral Foundation dengan SPF19 tulen yang mampu melindungi kulit dan serbuk mineral  mampu memberikan kemasan sempurna tanpa kulit kelihatan kusam.

Calitan L’Oreal Bare Naturale Mineral Foundation memberikan solekan sempurna dengan litupan lembut dan selamat digunakkan bagi anda yang mempunyai kulit sensitif. Formula mineral dalam perataan kulit mengandungi Aloe Vera, Vitamin B5 dan SPF19 untuk melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang terjadinya kulit sensitif. Terdiri daripada Sub Beige , Buff Beige, Natural Beige, Creamy Natural, Nude Beige, Classic Tan, Light Ivory,  dan Soft ivory.

Neutrogena Mineral Sheers Loose Powder Foundation

Asas galian daripada mineral ini diformulakan bagi memberikan anda kelihatan sempurna dengan litupan penuh dan kemasan yang semulajadi.

Neutrogena Mineral Sheers Loose Powder Foundation secara klinikalnya  terbukti  untuk kulit sensitif dengan meningkatkan kelembapan kulit dari segi tekstur disamping memberikan kulit bernafas dengan sempurna. Dengan SPF 20, ianya dapat melindungi kulit dengan dibekalkan antioksida  untuk mengekalkan kulit yang sihat.

Terdapat 8 warna perataan kulit antaranya, Classic Ivory, Natural Ivory, Buff, Nude, Tan, Soft Beige , Natural Beige, dan Honey Beige.

Revlon Colorstay for Normal or Skin Makeup with SoftFlex

Penjagaan kulit secara klinikal akan memberikan kulit yang sihat disamping tampak sempurna. Begitu juga dengan  Revlon Colorstay for Normal or Dry Skin Makeup with SoftFlex  yang dirumus khas untuk penjagaan kulit normal atau kering.

Ianya bebas minyak dan formula kelembapan seimbang yang memberikan kulit wajah anda tampak sempurna. Calitan di kulit wajah akan memberikan anda kelihatan segar dan berasa hebat sehingga 24 jam dengan rasa ringan, selesa dari ColorStay SoftFlex formula.

Dengan sederhana perlindungan penuh SPF 15, kulit wajah anda akan terlindung dan menyerlahkan kesempurnaan. Terdiri daripada  warna Toast, Natural Tan, Nude, Ivory, Cappuccino, Natural Beige, True Beige, Sand Beige, Caramel, Fresh Beige, Buff, dan Medium Beige.

Maybelline Mineral Power Natural Perfecting Foundation

Kuasa asli yang berpanjangan memberikan keselesaan pada kulit wajah dengan prodeuk asas daripada Maybelline.

Rangkaian produk Maybelline memberikan cahaya pada kulit wajah anda supaya kelihatan  lebih jelas, licin dan lebih berseri walaupun anda tidak memakai apa-apa pada kulit wajah.

Litupan sempurna mencipta kilauan yang lebih asli dan memberikan kelicinan kulit serta mengurangkan kerosakan kulit wajah. Tona warna yang sekata menyerlahkan lagi kesempurnaan kulit wajah anda. Didatangkan khas sebanyak 5 warna antaranya Classic Ivory, Creamy Natural, Natural Ivory, Nude, dan Pure Beige.

SKIP THIS AD ×