berita

Livescape : Band Rock Indie, ‘Mystery Jets’ Live Di Kuala Lumpur

September 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Anda sudah bersedia untuk konsert rock oleh Ben Sherman yang akan mempersembahkan sebuah kumpulan indie berprolifik, Mystery Jets (UK). Kumpulan indie ini bakal menggegarkan pentas di The Stage, Avenue K, Kuala Lumpur pada 15 September ini.

Kumpulan Mystery Jets terkenal melalui lagu hits mereka, “Two Doors Down”, Half in Love with Elizabeth”, “Young Love” dan juga “Someone Purer”. Kesemua lagu hits ini diambil dari album terbaru mereka, “Radlands”.

Kumpulan yang dianggotai oleh Blaine Harrison (lead vocals, keyboards), Henry Harrison (guitar, keyboards, backing vocals), William Rees (lead guitar, vocals), Peter Cochrane (bass) dan Kapil Trivedi (drums) telah menjalani jelajah yang menerima respon yang positif dari peminat mereka di UK. Selepas ini, Mystery Jets akan ke Australia, Singapura, Taipei, Hong Kong dan juga Kuala Lumpur.

Bagi anda yang dahagakan konsert rock indie dari UK, anda boleh dapatkan tiket dari airasiaredtix.com dengan harga RM70. Konsert ini akan berlangsung pada 15 September 2012 di Stage KL, Avenue K bermula jam 8 malam.

SKIP THIS AD ×