berita

Livescape Menemukan NSFW Dan Pemuzik 12th Planet

August 13th, 2012 | by Ai
Hollywood

12 September ini,  NSFW oleh Livescape akan menampilkan seorang pemuzik terkenal John Dadzie atau lebih dikenali sebagai 12th Planet.

Secara umumnya, 12th Planet merupakan artis yang berbakat besar dalam arena muzik dan ia mampu membawa pelbagai genre muzik termasuk hip hop. 12th Planet juga kerap kali bekerjasama dengan beberapa pihak produksi seperti Orange Country, dan produksi-produksi dubstep seperti Datsik, Doctor P, Plastician, serta Skream. Tidak dapat dinafikan lagi 12th Planet sebenarnya adalah mentor kepada dj, Skrillex.

Terdapat juga beberapa DJ terkenal seperti Rusko, Skream dan Skrillex menggunakan khidmat produksi 12th Planet untuk dijadikan sebagai lagu remix mereka.

Sebagai dj, 12th Planet  telah menjelajah ke serata dunia termasuk London, Australia, New Zealand, dan Amerika. Selain itu, 12th Planet juga pernah membuat persembahan di beberapa Festival Amerika seperti Beyond Wonderland, Festival Kesenian dan Ultra Music Festival.

Pada tahun 2010, 12th Planet telah melancarkan video klipnya yang berjudul “Reasons”, yang disampaikan oleh Scion A/V. Sekarang mari kita layan lagu “Reasons” dari 12th Planet dan Juakali :

SKIP THIS AD ×