berita

Liza Abdullah Sah Bercerai Talak Satu

February 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pelakon yang baru selesai menamatkan drama Ariana Rose, Liza Abdullah telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar jam 3.05 petang tadi.

Difahamkan, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah memfailkan permohonan perceraian menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din pada 25 November tahun lalu.

Berikutan itu, bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman melafazkan perceraian di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas bersetuju menceraikan isterinya secara baik hari ini.

liza abdullah 2

Anak perempuan Liza Abdullah menangis sedih

Pasangan ini dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu disebabkan oleh masalah rumahtangga yang berlarutan.

Hasil perkahwinan selama 26 tahun itu, Liza dan Zolkifli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nurwafiez Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12 dan Zulsyahmi Afif, 10.

Meskipun proses perceraian berlaku secara baik dan atas persetujuan bersama namun ahli keluarga terutamanya anak-anak tidak dapat menahan perasaan sedih di atas perpisahan kedua orang tua mereka.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×