berita

‘Saya & Suami Perlu Kuat’ – Ibu Tiga Beradik Lemas Hiba Teringat Kenangan, Peralatan Sekolah Anak

January 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam sekelip mata, pasangan ini kehilangan tiga anak akibat lemas selepas ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah.

Menerusi Berita Harian, ibu meluahkan rasa sedih melihat kelengkapan sekolah Nurain Fatma, Nurain Sofea, dan Nurain Sasabila yang sudah dibelinya tiga minggu lalu.

Sedih lihat kelengkapan sekolah anak

Ketika ditemui wartawan, ibu, Nur Syahida memberitahu luluh hati melihat kelengkapan sekolah yang telah dibelinya. Tiga beradik itu juga sangat teruja dan tidak sabar mahu memulakan sesi persekolahan 2019.

Sedih hati kami lihat kelengkapan persekolahan tiga anak ini, namun saya dan suami perlu kuat.

Kami masih teringat kerenah anak yang tidak sabar hendak memulakan sesi persekolahan apabila mereka membeli keperluan dan kelengkapan sekolah mengikut kehendak masing-masing terutama beg. Kami juga sudah menyediakan tiga pasang pakaian dan sepasang kasut hitam.

Mereka yang belajar di Sekolah Kebangsaan Perol dan bongsu di sekolah PASTI menyimpan kemas peralatan di dalam bilik tidur sementara menunggu sekolah dibuka.

Teringat kenangan bersama anak di rumah

Bapa, Zawawi Wahab berkata ketiga-tiga anak perempuan sangat manja malah jika luka sedikit pun anak-anak boleh menangis. Walaupun amat perit untuk diterima dia dan isteri redha menerima ujian ini.

Mereka teruja kerana dapat membeli peralatan sekolah lebih awal dan mengambil gambar sebelum menghantar kepada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

Tiga anak sangat rapat dengan saya dan suami. Kami terasa kehilangan mereka, namun reda dengan ujian Ilahi.

Memandangkan semua anak kami perempuan jadi mereka sedikit manja, jika luka sedikit pun mereka boleh menangis.

Ini yang membuatkan saya ingat kepada anak termasuk kenangan di rumah ini, namun saya reda dan menerima ujian ini.

Sebelum ini, apabila mendengar ada kematian anak rakan, saya sering bertanya adakah kuat untuk menghadapi ujian daripada Allah SWT, namun kali ini ia terjadi kepada saya.

Tambahnya lagi, dia dan isteri mengizinkan tiga anak bercuti bersama ibu saudara kerana mereka amat rapat dan dianggap sebagai ibu sendiri.

Sumber : Berita Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×