berita

Luangkan Hari Korang Menikmati Muzik Pelbagai Genre Dengan Barisan Artis Terkemuka Di Unlimited Grooves Festival!

November 7th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Unlimited Grooves Festival merupakan sebahagian daripada Festival Seni Kreatif Urbanscapes yang dibawakan oleh U Mobile. Urbanscapes ni merupakan acara tahunan yang memberi peluang kepada pengiat seni untuk mengimplimentasikan hasil seni mereka.

Selaras dengan tema Urbanscapes, Unlimited Grooves Festival akan diadakan di Stadium Chin Woo  pada 10 November 2018 bermula pada jam 3 petang sehingga lewat malam!

Bersantai sambil berhibur dengan persembahan artis kegemaran korang!

Sempena Unlimited Grovees Festival ni, beberapa nama besar daripada industri muzik serata dunia diterbangkan khas untuk menghiburkan korang seperti Wolf Alice daripada London, Bodega daripada Scotland, Se So Neon daripada Korea Selatan, Phum Viphurit daripada Thailand, penyanyi indie Malaysia yang sedang meningkat naik Bil Musa dan band Midnight Fusic pun ada.

Pelbagai makanan enak menanti korang!

Mana lengkap satu festival tanpa makanan kan? Jadi, di Unlimited Grooves Festival ni, korang akan dapat rasai macam- macam makanan seperti Curbside Cantina, Mom’s BBQ KL, The Mothership Kl dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang ni untuk rasa semua jenis makanan di satu festival.

Bukan setakat makanan jer ada, korang pun boleh dapatkan aiskrim percuma dari trak Unlimited Flavours yang disediakan oleh U Mobile.

Join aktiviti-aktiviti menarik sepanjang karnival berlansung!

Ni kami share sikit antara aktiviti menarik yang korang boleh buat kat sana!

U Maze – Nantikan maze ni, korang takkan penat walaupun sesat sebab ada banyak aktiviti menarik yang menanti! Dalam maze tu korang boleh tangkap gambar, bermain dengan AR dan berpeluang untuk dapat edisi terhad U Mobile x Pestle Mortar Clothing hip pack!

The Playground – Kalau korang rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak, bolehlah try main dekat The Playground ni yang ada buaian, jongkang-jongket, permainan tingting dengan peraturan berbeza dan banyak lagilah.

Unlimited Ping Pong – Ini bukan sekadar permainan ping pong biasa, kalau korang nak tau, ping pong ni lagi mencabar, try lah!

Bila korang main aktiviti-aktiviti ni, korang juga akan berpeluang untuk mendapat U Treats. U Treats ni boleh ditebus untuk beli makanan dan minuman kat sana.

Kalau nak rasai kehangatan Festival Unlimited Grooves ni, dapatkan tiket korang kat laman sesawang https://www.galactix.asia/UnlimitedGroovesFestival sekarang!

Beli tiket dan sertai Pre-party Unlimited Grooves Festival. Bestnya!

Kalau korang beli tiket ke Unlimited Grooves Festival, korang dapat pergi ke Pre-Party Unlimited Grooves Festival juga yang akan dihangatkan oleh penyanyi indie daripada Kanada–Alvvays, dan juga penyanyi-penulis lagu Malaysia yang terkenal–Zee Avi.

Pre- party ni akan berlangsung pada 8 November 2018, bertempat di Stadium Chin Woo. Korang tunggu apa lagi? Nikmati dua persembahan berlainan dengan harga satu tiket je!

Untuk ketahui maklumat lanjut, layari http://u.my/groovember.

Jumpa korang kat sana!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×