berita

Luar Biasa! Ini 5 Momen Menarik AJL33 Yang Tidak Dapat Dilupakan

February 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu 33 dengan jayanya melabuhkan tirai semalam dan menyaksikan lagu Haram nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah berjaya dinobatkan sebagai pemilik trofi berprestij AJL33. Tidak dapat dinafikan kesemua finalist menunjukkan kekuatan persembahan masing-masing.

Sebenarnya ada benda yang berlaku anda tidak tahu di sepanjang acara AJL33. Ini lima momen menarik berlaku di acara berprestij itu.

 

Datuk Syafinaz bantu persembahan Hael

Sejumlah kira-kira 40 orang perempuan diperlukan untuk menari bagi mengiringi nyanyian lagu Hajat nyanyian Hael Husaini. Apa yang lebih menarik lagi apabila persembahan tersebut dibantu dengan suara lunak guru vokal, Datuk Syafinaz. Memang padu!

Meremang bulu roma!

Tidak dinafikan lagi persembahan lagu yang penuh kontroversi Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berjaya mencuri perhatian ramai penonton. Rata-rata netizen standing ovation dan memberi tepukan gemuruh buat persembahan Sufian Suhaimi ini.

Props pelamin, kain putih dan chandelier di atas pentas didakwa memberi maksud mendalam terhadap kisah silamnya.

Vokal Misha Omar memang terbaik

Kekuatan vokal penyanyi Misha Omar tidak dapat disangkalkan lagi. Menerusi lagu Sampai Bila sekali lagi membuatkan penonton di dalam Axiata Arena, Bukit Jalil bangun dan beri tepukan gemuruh. Sehingga membuatkan Misha Omar terharu dan menangis di atas pentas.

Ini memang layak untuk menang trofi anugerah vokal terbaik AJL33!

‘Mandi hujan’ atas stage

Buat kali pertama dalam sejarah sepanjang Anugerah Juara Lagu, ini merupakan kali pertama stage AJL dibasahi ‘air hujan’. Persembahan menerusi lagu Haram ini dibantu kira-kira 15 orang wanita bagi menghiasi pentas sambil memegang payung lut sinar. Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah juga memakai sut plastik khas yang direka sepenuhnya oleh Rizman Ruzaini dan Rizalman.

Gandingan serasi buat semua ‘histeria’

Ini merupakan kali kedua pengacara Sherry Al-Hadad bergandingan dengan Alif Satar di pentas malam kemuncak AJL. Memang tidak dapat dinafikan keserasian mereka berdua. Apa yang menarik ialah Aliff Satar turut menghiburkan penonton di Axiata Arena dengan ‘belanja’ lagu Sesungguhnya Aku. Memang histeria semua penonton dalam arena itu.

Keputusan penuh AJL33

Persembahan terbaik: Sufian Suhaimi
Vokal terbaik: Misha Omar
Tempat ketiga: Sampai Bila – Fedtri Yahya & Shah Shamshiri, Sharon Paul
Tempat kedua: Bunga – Hang Nadim, Laq & Kadok
Anugerah Juara Lagu: Haram – Hael Husaini, Ezra Kong

SKIP THIS AD ×