berita

Luar Biasa ‘Menangis Diam-Diam’, Berjaya Catat 4 Juta Tontonan

February 9th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Semua manusia di dunia pasti pernah merasa perasaan cinta. Tidak kiralah cinta monyet, cinta sejati, cinta terpaksa, cinta terpendam mahupun cinta dalam diam.

Malah atas dasar cinta ini jugalah manusia menjadi rapuh hingga menangis. Menangis pula ada yang kerana bahagia, menangis berpatah hati sehinggalah ‘Menangis Diam-Diam’.

Artikel Berkaitan: Dah Minta Kebenaran Penulis & Pengedar, Kasyara Indonesia Beri Nafas Baru Untuk ‘Gerimis Mengundang’

Jadi lagu pilihan

Perasaan pilu itu juga memberi inspirasi buat kumpulan terkenal Indonesia iaitu Kasyara Band bagi menghasilkan single ‘Menangis Diam-Diam’.

Kasyara Band yang dianggotai Faizal Lubis selaku pemain keyboard bersama Kensen selaku vokalis melancarkan ‘Menangis Diam-Diam’ kira-kira sebulan lalu dan mendapat sambutan luar biasa apabila ditonton lebih 3.1 juta kali di Youtube setakat ini.

Menurut Faizal, pencapaian ini merupakan satu penghargaan besar selepas Kasyara Band ditubuhkan pada Ogos 2021.

Menangis Diam-Diam merupakan satu karya yang sangat mendalam maksudnya, ia membuai pendengar dengan perasaan sayang dan cinta terhadap pasangan masing-masing. Namun ada ‘plot twist’ tentang rasa cinta itu sehingga timbul kejadian menangis dalam diam.

Lebih manis apabila single ini mendapat sambutan luar biasa di saluran Youtube Kasyara Band dengan tontonan 4 juta, malah ia menjadi lagu pilihan pengguna aplikasi TikTok di Indonesia.

Rata-rata menyatakan mempunyai konsep bunyian muzik awal tahun 2000. Alhamdulillah ini satu penghargaan yang besar buat kami.

Klip video ‘Menangis Diam-Diam’ boleh ditonton di pautan Youtube Kasyara Band. Ia juga tersedia untuk didengari di semua platform penstriman digital.

Sebelum ini, mereka pernah menjadi bualan ramai apabila tampil dengan lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam menjadi viral sekaligus sebagai batu loncatan kerjaya mereka di Malaysia.

Karya Gerimis Mengundang merupakan yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu turut membuka mata peminat di negara kelahiran mereka itu.

Untuk rekod, Faizal pernah bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Rossa, Melly Goeslow dan Radja Band.

Selain itu, dia juga sempat bersama kumpulan Noah menggantikan David suatu ketika dahulu.

SKIP THIS AD ×