Sejak minggu lalu, pelakon Lufya Omar sudah berada di tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: ‘Hijab Simbol Wanita Muslim Tidak Mudah Dirangkul’ – Lufya Omar
Artikel Berkaitan: ‘Sedih Tengok Dia Sakit, Sampai Kurus Badan’ – Lufya Omar ‘Rehatkan’ Anak Daripada Media Sosial
Dilarang?
Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya berkata, sepanjang berada di Makkah, dia dan semua jemaah di sana dilarang untuk mengenakan pakaian yang mempunyai lambang negara Palestin.
Jelas Lufya, dia sendiri tidak mengetahui tujuan larangan tersebut dilaksanakan.
Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa? Kita sepatutnya tunjukkan rasa sayang, sokong dan melindungi saudara kita di Palestin.
Ini sudah memasuki 30 hari pertumpahan darah! Stop! Stop! Stop! Berhenti membunuh!
Sementara itu, menerusi ruangan balas, Lufya dilihat sempat membalas komen seorang individu dengan mengatakan jemaah hanya boleh mengenakan pakaian yang mempunyai warna bendera Palestin, tetapi tidak pakaian yang memaparkan bendera negara tersebut.
Dalam perkongsian sama, Lufya memohon orang ramai agar terus mendoakan saudara Islam yang sedang berjuang ketika ini di Palestin.
Jom sama-sama terus doakan untuk Gaza, Allahuakbar! Doakan yang tak putus setiap sujud akhir dalam solat anda untuk Palestin.
Semoga Allah berikan kemenangan besar buat mereka, save Palestine.
Sumber: Instagram