Selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya, 39, mengakui mahu menjemput semua bekas kekasihnya ke majlis pernikahannya nanti.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Terburu-Buru Berkahwin, Luna Maya Nak Timang Cahaya Mata Sebelum Menopaus
Artikel Berkaitan: Luna Maya Gembira Ariel NOAH Dah Ada Kekasih Baru
Majlis pernikahan
Menerusi satu temu bual di saluran YouTube TS Media, Luna bertanyakan beberapa soalan kepada sahabatnya, Patricia Gouw yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 6 Februari lalu. Salah satu soalan yang ditanyakan adalah, apakah Patricia bakal mengundang bekas kekasihnya untuk hadir ke hari bahagianya nanti.
Menjawab pertanyaan itu, model berusia 32 ini menegaskan bahawa dia tidak mahu menjemput bekas kekasihnya ke majlis yang bakal diadakan di Bali itu.
Semestinya tidak. Untuk apa diundang?
Lantaran itu, aktres kelahiran Bali ini menyatakan dirinya memiliki keinginan untuk menjemput semua bekas kekasihnya ke hari bahagia tersebut bagi menunjukkan bahawa dia akhirnya bertemu dengan pasangan yang tepat.
Kalau saya kahwin, saya jemput semua mantan saya. Saya mahu ‘show’ kepada mereka, ini yang kamu pernah tingkalkan.
Walau bagaimanapun, Luna memaklumkan dia hanya bergurau mengenai hal itu meskipun yakin bahawa ucapannya itu bakal menjadi viral sekali gus dijadikan tajuk utama berita.
Sumber: TS Media