Pelakon popular Indonesia iaitu Luna Maya meluahkan hasratnya untuk memiliki cahaya mata sebelum dirinya mengalami fasa menopaus.
Artikel Berkaitan: Tolak Lamaran Lelaki Kaya, Luna Maya Selesa Hidup Sendiri – ‘Dia Kacak Tapi Dah Ada Isteri’
Artikel Berkaitan: Luna Maya Gembira Ariel NOAH Dah Ada Kekasih Baru
Luna Maya teringin nak anak
Luna yang kini berusia 40 tahun akui meskipun mempunyai keinginan untuk mempunyai anak tetapi dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup. Malah Luna yang masih bujang akui tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendirikan rumah tangga.
Saya tidak letakkan target tertinggi saya adalah menikah. Tapi saya memang ada keinginan untuk menikah dan mempunyai anak dan menjadi seorang ibu tapi kalau belum ada cara yang sesuai, saya tidak memaksa.
Tambah Luna lagi, selagi dirinya belum menopaus maka dia masih mempunyai peluang untuk memiliki zuriat. Dalam masa yang sama, Luna berharap agar orang ramai menghormati keputusannya mengenai pernikahan kerana setiap orang memiliki pandangan yang berbeza-beza.
Kita perlu menghormati mereka yang diberi pengetahuan tentang itu sama juga seperti kalian yang harus menghormati saya dan wanita-wanita lain yang belum bernikah kerana mempunyai fikiran seperti itu.
Untuk rekod, Luna pernah bercinta dengan seorang lelaki Inggeris namun hubungan mereka tidak berakhir dengan ikatan perkahwinan. Dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel.