berita

Lunyai Kerjakan Kawan Kerana Berebut Awek, 12 Remaja Ditahan

February 13th, 2020 | by faris
Kini Trending

Satu video viral di laman sosial merakam seorang remaja dipukul bertalu-talu oleh rakannya di dalam kelas. Dalam video berkenaan, mangsa ditampar dan dipukul sambil diperhatikan sekumpulan remaja lain yang bersorak melihat tindakan buli di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan itu.

12 suspek ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, polis telah menahan 12 pelajar yang disyaki terlibat dalam insiden itu. Mangsa merupakan seorang pelajar tingkatan 3 dipukul hingga lebam di muka dan badan.

Sembilan daripada mereka ditahan di sekolah terbabit pada 5.30 petang semalam selepas mangsa membuat laporan. Dua lagi ditahan di rumah masing-masing, manakala seorang lagi hadir menyerah diri di balai polis.

Dipercayai berebut teman wanita

Tambah Mohamad Roy kepada Harian Metro lagi, pihaknya menerima laporan pada 2.30 petang semalam dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menggerakkan usaha mengesan semua suspek.

Ujian saringan air kencing ke atas kesemua pelajar mendapati semuanya negatif.

Insiden berpunca dipercayai akibat berebut teman wanita, pada 6 petang, Ahad lalu. Mangsa dipercayai dipukul di dalam kelas selepas aktiviti sukan di sekolahnya. Mohamad Roy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×