berita

Lupakan Kuah Kacang, Sekarang Semua Orang Makan Cheesy Chicken Sate. Ini Resepinya

March 7th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Kalau bercakap mengenai sate, sudah pasti kuah kacang yang yang sedap, menjadi pelengkap setia untuk hidangan tersebut. Namun, sejak akhir-akhir ini, makanan tersebut telah diolah mengikut citarasa masing-masing sehinggakan ada yang menggantikan kuah kacang tersebut dengan cheese.

Sesuai untuk dijadikan hidangan pada bila-bila masa, cheesy chicken sate antara menu kegemaran masa kini, tidak kira peringkat umur. Selain senang untuk disediakan, sate ini tidak memerlukan kos yang banyak. Bagi yang mencari cadangan menu untuk cepat, simple dan mudah, anda juga boleh cuba resipi yang dikongsi Erra Mustapha ini. Nampak sangat juicy dan sedap, anak-anak pasti suka!

Bahan-bahan diperlukan

Bahan-bahan:

Pencucuk sate
Ayam ( bahagian dada, senang sikit lilit )
Terung ( apa2 sayur pun bolee )
Mozarella cheese
Daun sup
Serbuk cheese
1 biji telur
Tepung cucur lemak manis adabi

Langkah pertama

– potongkan ayam memanjang
– Terung potong halus-halus
– Mozarella potong halus jugak
– Daun sup tabur letak dekat tepung cucur tadi
– Pecahkan telur sebiji

Langkah 2

– Ambik pencucuk sate
– Masukkan hujung ayam yg telah dipotong
– Masukkan potongan mozarella cheese
– Letakkan terung
– Lilitkan ayam tadi sehingga ke hujung ( tutupkan cheese supaya tidak cair semasa digoreng )
– Salutkan dengan telur
– Salut pula dengan tepung yg diletakkan daun sup tadi (tak perlu letak garam ye sebab tepung ni dah ada rasa dia tersendiri)

Langkah 3

– panaskan minyak
– Letakkan cheesy chicken sate
– Tunggu lerrr sehingga keemasan baru angkat

Dah siap!

Selamat menjamu selera dan jemput share resipi ini.

Sumber: Erra Mustapha